Posts

Showing posts from March, 2016

Hamba yang bertaubat

Image
Aku manusia biasa. Seperti orang lain yang pernah lalai dan hanyut dengan dunia yang banyak menipu kita dengan kemewahannya. Dulu, Allah tutup aib aku sehingga aku lupa bahawa Allah itu sangat penyayang dan pengampun. Lumrah dan fitrah manusia melakukan kesalahan atau bahasa lainnya DOSA samada kecil ataupun besar. Namun, ingatlah! Allah tidak zalim. DIA sentiasa beri PELUANG kepada kita untuk BERTAUBAT.   “Setiap orang mempunyai keaiban dan tidak ada seorang pun yang terlepas dari melakukan kesalahan. Rasulullah SAW bersabda, “Setiap daripada kamu adalah orang yang berbuat salah, dan sebaik-baik orang yang berbuat salah adalah orang yang bertaubat.”( HR Ahmad). Jika dosa besar, kita kena taubat nasuha yakni sebenar-benar taubat. Dengan memohon keampunan daripada Allah, manusia yang berhak,memulangkan hak manusia tersebut dan berazam serta tidak akan mengulangi kesalahan tersebut. perkara itu nampak mudah. ALLAH memang maha pengampun. Tapi, jika dosa besar itu berkait dengan...