Hamba yang bertaubat
Aku manusia biasa. Seperti orang lain yang pernah lalai dan hanyut dengan dunia yang banyak menipu kita dengan kemewahannya. Dulu, Allah tutup aib aku sehingga aku lupa bahawa Allah itu sangat penyayang dan pengampun. Lumrah dan fitrah manusia melakukan kesalahan atau bahasa lainnya DOSA samada kecil ataupun besar. Namun, ingatlah! Allah tidak zalim. DIA sentiasa beri PELUANG kepada kita untuk BERTAUBAT.
“Setiap orang mempunyai keaiban dan tidak ada seorang pun yang terlepas dari melakukan kesalahan. Rasulullah SAW bersabda, “Setiap daripada kamu adalah orang yang berbuat salah, dan sebaik-baik orang yang berbuat salah adalah orang yang bertaubat.”( HR Ahmad).
“Setiap orang mempunyai keaiban dan tidak ada seorang pun yang terlepas dari melakukan kesalahan. Rasulullah SAW bersabda, “Setiap daripada kamu adalah orang yang berbuat salah, dan sebaik-baik orang yang berbuat salah adalah orang yang bertaubat.”( HR Ahmad).
Jika dosa besar, kita kena taubat nasuha yakni sebenar-benar taubat. Dengan memohon keampunan daripada Allah, manusia yang berhak,memulangkan hak manusia tersebut dan berazam serta tidak akan mengulangi kesalahan tersebut. perkara itu nampak mudah. ALLAH memang maha pengampun. Tapi, jika dosa besar itu berkait dengan manusia, maka, kita kena selesaikan dengan hati manusia tersebut. Fitrah manusia mempunyai perasaan marah jika terluka, terkilan, sedih namun jangan sampai dendam yang muncul dalam hati ini. Susah untuk meraih kepercayaan manusia yang telah dimusnahkan. Terasa seperti ingin memulakan hidup yang baru atau kadang-kadang rasa tidak sanggup untuk hidup lagi. Aku tidak sanggup berhadapan dengan manusia yang aku telah berdosa padanya. Aku tidak juga sanggup berhadapan dengan manusia yang mengetahui tentang aib aku. Menolak 'negative talk' memang susah. Tapi, ingatlah, kita semua sama. Kita semua mempunyai aib yang masing-masing mahu jaga. Kita semua mempunyai jalan cerita hidup berbeza. Ujian Allah terhadap semua hambaNYA berbeza. Aku kena tempuhi hidup aku selepas Allah buka aib aku, dengan penuh derita,sabar,kuat dan malu. Tapi, Allah bukan saja-saja tunjuk aib kita. Allah nak tunjuk kekuasaan Dia dan Allah nak kita betul-betul kembali padaNya. Apalah sangat malu dengan manusia di dunia kalau nak dibandingkan dengan nikmat taubat kepada Allah yang kalau Allah tidak menegur di dunia,mungkin lebih teruk di akhirat. Jujur aku cakap, perasaan bila dekat dengan Allah itu, sangat-sangat lah tenang dan bahagia. Ingat, Allah itu adil. Allah tidak akan mensia-siakan setiap hidup hambaNya. Pasti ada hikmah di sebalik segala sesuatu.
*jom sama-sama bertaubat setiap hari kerana kita tidak tahu taubat kita diterima atau tidak. 😉
Comments
Post a Comment