How to appreciate others
Aku diminta untuk berkongsi tentang how to appreciate others around you. For me, hidup ni macam roda kadangkala kat atas kadangkala kat bawah. Kita hidup bermasyarakat ni, banyak hati nak kena jaga. Kalau kita tak menghargai orang sekeliling kita, nak ka depa hargai kita balik? Belajar menghargai jika kita nak diri kita dihargai. Rendahkan ego. Ya,kadang-kadang ada manusia yang dia sebenarnya nak menghargai tapi tak kena cara. We are humans with heart. So, appreciate other's heart. Secara tak sedar, banyak manusia yang bantu kita untuk menjalani kehidupan dengan lebih baik. Depa ni, manusia yang kita perlu sangat-sangat hargai jasa depa. Why? Because we live in community la.
Kalau kita sebagai ketua, kita kena sentiasa melihat orang yang lebih bawah daripada kita. Selalunya manusia ni silap bila depa duk kat atas. Depa akan menindas pihak yang kat bawah. Macam mana nak menghargai orang yang di bawah kita dalam bekerja? Kita kena selalu letak diri kita kat tempat depa ni. Sentiasa memahami masalah dan kesukaran yang depa hadapi sepanjang depa nak mudahkan urusan kita atau kerja tu sendiri. Instead of saying, "lembap la hang ni! Suruh buat kerja sikit pun tak boleh", you should say " terima kasih sebab dah cuba sedaya-upaya awak. I appreciated your work". Sometimes, you need to pay more compliments and reduce complaints. The second part is, your reactions. Selalu la senyum sebab senyum ni satu terapi untuk diri sendiri dan untuk orang lain. The smile you gave means that you meant what you said. People didn't expect for gifts but only smile and 'thank you'. I meant it.
Kalau ada someone yang selalu tolong kita dengan melapangkan waktu dia untuk tolong kita, kita boleh hargai dia dengan lapangkan waktu kita untuk bantu dia balik. Cuba tanya dia, "can i help you?". Sebab kalau hang tolong dia, dia rasa dia dihargai sebab dulu dia pernah tolong hang waktu hang susah. Ataupun, orang ni pernah tolong hang masa hang sakit, dia jaga hang. Apa kata, bila hang sembuh, hang ajak dia pi keluar makan. Treat others with food is a way to say thank you. Kalau kawan yang selalu hang buat melawak, pastu ada sekali tu dia pun nak melawak juga tapi hambar, hang jangan pangkah dia sebaliknya hang bagi la kata-kata "takpa, next year hang cuba lagi." TAPI, untuk menampakkan lagi hang nak hargai lawak dia, hang tambah la sikit lagi "lawak hang kurang memuaskan tapi sekurang-kurangnya aku tau hang cuba". Tak ka dia akan lega? Daripada hang perli lawak dia,kan?
Ok kalau kawan rapat hang punya birthday, apa hang nak buat? Jangan la sekadar wasap dia 'happy birthday'. Spoiled la. Cuba idea ni. Kalau perempuan, depa selalunya bagi something yang ada effort atau bakat terpendam depa contohnya macam buatkan kek, coklat, dessert, kotak pensil jahit sendiri, jahitkan phonechain, buat kad ucapan and macam-macam lagi. Kalau aku, aku beli kek pastu buat surprise party. Ajak ramai-ramai kawan lagi nak bagi bestfriend aku ni happy. Pastu malam-malam,pi bagi wish hat paling sweet kat dia. Konfem dia ingat sampai mati haha. Kalau lelaki, mungkin boleh belanja dia makan, ajak lepak main game puas-puas, tanya dia benda apa paling dia nak. Macam-macam hang boleh buat. Tapi masa buat something untuk dia tu, pastikan dia tahu yang hang tahu haritu adalah birthday dia supaya dia tau hang tak lupakan dia. Doakan dia selepas solat,itu lagi bagus (ni tambahan ja nah).
Macam mana hang nak hargai kawan hang yang dah tolong hang tapi hang tak reti bagi reaksi yang macam hati nak bagi. Contoh, mudah nak kata 'thanks' ni tapi kadang-kadang gerak badan and senyuman hang takdak. Hang cakap la hang appreciate dia sangat dan senyum. Sometimes, a big warm hug pun membantu. Jangan lokek dengan senyuman nanti cepat tua!
Our parents are very lovable but we dont know how to appreciate their love and deeds. Hang tau dak betapa bahagianya mak hang kalau hang tu ingat kat dia. Even hang peluk dia pun, dia dah bahagia. Inikan lagi kalau hang hadiahkan dia something. Jangan kedekut la dengan mak ayah. Dekat kawan boleh beli hadiah takkan dekat mak pun hang takleh nak belikan favourite food dia. Hang hargai dia dengan hang ambil tahu keadaan kesihatan dia, selalu tanya khabar dia, tanya mak dah makan ka belum, ambil tahu pasal kesukaan dia dan kerap-kerapkan la cakap kat dia "i love you mom,dad." Memang cliche~ tapi dia mak hang kot. Bukan orang tau pun kalau hang buat sweet dengan mak hang. Biar la mak hang nak kata hang buang tabiat pun, janji dia tau, hang tu sayang dia. Cium pipi mak kalau nak berpisah. Ayah sekali. Masa peluk ayah tu, cakap la sikit "thanks dad. You are my hero. There is no other day that i didn't think of you" haa amekaw. Pak hang mesti terperanjat beruk bila anak dia jiwang karat macam tu. Tapi takpa. Tak rugi pun sayang mak ayah. Dapat pahala lagi.
Kalau jiran hang ada tolong hang apa-apa. Hang kena hargai depa. Kalau masak tu, bagi sikit kat depa mana tau depa bau dari tingkap rumah. Kesian depa. Kalau depa tak ada dekat rumah, hang tolong jagakan rumah depa. Kalau depa minta tolong baiki apa-apa, pi la tolong. Nanti bila hang susah, depa pula akan tolong hang. Hang kena la tahu maklumat pasal jiran-jiran. Selalu sembang dengan depa walaupun sikit. Nampak la hang ni menghargai kehadiran depa dari hang duk buat senyap merap dalam rumah belagak nak mampos.
Macam mana nak hargai masayarakat yang kat luar tu? Kalau hang lalu sebelah makcik tukang sapu sampah sambil hang duk main phone, mesti malu kan bila dia duk kutip sampah sebelah kaki hang tapi hang tengok saja. Haa, tolong la dia dengan kutipkan sampah yang dekat kaki hang tu. Jangan berlagak berdaulat sangat. Common sense itu penting. Baru la depa rasa hang tak hina kerja depa. Masih ada manusia yang hargai kerja depa. Bila buang sampah kat luar rumah, ikat plastik bagi elok jangan main buang berterabur macam tu ja. Kesian pakcik collect sampah nak tolong kutipkan.
Jadi, cukup lah setakat ni saja aku berceloteh dan embebel. Ingat la kawan-kawan, kita kena sentiasa senyum dan sentiasa menghargai kerja orang lain supaya kita juga dihargai. A good deed can change a world. Respect others and your good manner is being displayed.
"As we express our gratitude, we must never forget that the highest appreciation is not to utter words, but to live by them." -John F. Kennedy
*hope hang dapat manfaat dari seribu kalam yang aku merepek ni.✌
10:00pm
Comments
Post a Comment