Hati dan minda, ottoke 😭

Pada zaman dahulu~

Hati : <fikiran menerawang fikir perkara yang menyebabkan hati sedih>

Hati : aku rindu kawan-kawan aku. Aku rindu umi ayah. Aku nak hug someone. Takdak ka orang yang free sekarang ni?

Minda : dah la arij. Jangan fikir. Pergi study. Esok exam. Nanti kau juga yang menyesal.

Hati: aku rindu dia <sambil belek gallery phone>  dia kawan aku yang paling aku sayang. Aku masih sayang dia hati oii. Aku rindu semua memori dengan dia.. nak mesej, mesti dia tengah study kan(minggu exam). Huda pun study. Ya Allah, kuatkan lah hatiku. Aku nak study. Bantu lah aku nak hilangkan rasa gusar dan sedih ini.

Minda : jangan fikir sangat arij. Nanti kau sakit macam mana? Arij, tak apa. Take your time. Semua orang berhak diberi peluang kedua.

Hati : tapi layakkah aku dimaafkan? Bolehkah aku jadi manusia yang lebih baik, selepas ni? Kenapa aku suka hukum diri aku sendiri? Kenapa aku lemah sangat?

Minda : arijj, Allah itu Maha Pengasih. Serahkan segala kerisauan kau dekat Dia. Dia tahu mana yang terbaik untuk kau.

Minda : sabar la hati. Nak jadi baik memang susah. Allah pandang semua yang kau lakukan.

Hati : 😭😭😭 umi, arij tak kuat. Nak balik Malaysia. Arij senyum depan kawan-kawan, kenapa? <nak mesej adik najah>.

Hati : nope! Jangan nampak lemah depan adik-adik. Kau kan nak adik-adik kuat jadi kau jangan lemah. Be strong, k.

Minda : O Allah.. im useless. I cant even control my emotion. Arghhhhhh

Hati : kau kena kuat arij. Kau dah macam mayat hidup. Zahir, kau tunjukkan keceriaan tapi dalam hati kau hujan. Apa semua ni? Move on ,arij!
wahai junainah, jangan mengeluh. Jangan merungut sayang. Ujian ni sikit ja berbanding ujian makhluk lain. Dulu boleh kuat, takkan sekarang tak boleh.

Minda dan hati aku seakan bersatu. Aku sendiri tidak tahu, yang mana patut aku ikut. Dua-dua berbalas dialog yang aku sahaja mampu dengar. Dua-dua mengganggu aku dan membuatkan aku risau. Kalau lah ada butang stop dekat hati dan minda ni. Aku sendiri tak tahu, samada minda atau hati yang memberi segalan bisikan dan kata-kata dalam diri aku ni. Atau, adakah syaitan? Entah la. Aku rasa seperti jasad yang cair di samping mata yang tidak henti mengalirkan air jernih. Dengan siapa aku mahu berkongsi rasa ini? Allah, arij. Allah ada. Cerita lah. Merayu lah. Menangis lah wahai hati sehingga kau tenang. Aku rasa macam nak pejam, menangis sehingga tertidur. Kalau lah semudah itu hidup ini. Tapi ingat arij, kau bukan robot. Kau manusia punya perasaan. Tak mengapa kalau kau nak rasa apa yang kau rasa sekarang tapi, segeralah bangkit dan bantu diri kau jadi kuat. Kau mampu! Kau kena paksa diri kau! Nak move on memang susah. Tapi bila dah bangkit, kau takkan berpaling dah. Kuat 💪! You know that you can bare it. Tarik nafas, lepas. Tarik nafas, lepas. Ok, go. Buat lah apa pun yang mampu tenangkan kau. Then, jalan atas duri tu sambil bertahan. Jangan berhenti sebab bila kau berhenti, kau akan rasa kesakitannya dan tidak rasa untuk teruskan perjalanan engkau. Dan jangan lari sebab takut duri tu tertusuk dalam sangat dan itu akan buat kau luka lama dan susah untuk sembuh bila kau dah berjaya melepasi duri tu nanti. ingat, semasa kau jalan nanti akan ada sahabat-sahabat kau yang akan bersorak memberi semangat bahkan mungkin ada yang menghulurkan tangan untuk berjalan bersama kau. Come on, ini cuma permainan yang kau kena lalui sebelum kau capai kebahagiaan di akhirat kelak.

 ' Arij, move on! ' , kalimah yang sering aku gunakan untuk memujuk hati ini namun, akhirnya aku akan tetap begini. Seperti manusia tiada pedoman. Dibelenggu perasaan murung 24 jam. Dan...

Allah ada berkata,
Arij, kau tak percaya dengan Allah ka? Berdoa lah, sayang. Kalau sedih, bangun solat malam. Kalau tak kuat, baca Al-Quran. Engkau kena kuat juga sebab kau ada banyak lagi tanggungjawab dekat luar sana.


Dan ingatlah,



*kawan-kawan, post ni saja ja. Saya tak faham hati dan minda saya. Tolong buang mereka dari diri saya. Doakan saya kuat. Saya tak sabar nak ✈ balik Malaysia. HE KNOWS THE BEST FOR ME. 😢

Comments

Popular posts from this blog

Rahmat dalam ujian

How to appreciate others

My idol