Allah tahu apa yang terbaik untuk kita
Kadang-kadang kita pelik kenapa kita selalu berdoa tapi doa kita tak dimakbulkan. Selain daripada faktor-faktor rohani yang perlu kita baiki kita juga perlu yakin bahawa Allah tahu apa yang terbaik untuk setiap hamba-Nya.
Bukankah Allah dah berjanji, berdoalah dan mintalah apa sahaja daripada-Nya, nescaya Dia akan memakbulkan. Jadi, apa lagi keraguan yang masih timbul di hati engkau?
وَقَالَ رَبُّكُمُ ٱدْعُونِىٓ أَسْتَجِبْ لَكُمْ إِنَّ ٱلَّذِينَ يَسْتَكْبِرُونَ عَنْ عِبَادَتِى سَيَدْخُلُونَ جَهَنَّمَ دَاخِرِينَ
"Berdoalah kepada-Ku, nescaya akan Kuperkenankan bagimu. Sesungguhnya orang-orang yang menyombongkan diri dari menyembah-Ku akan masuk neraka Jahanam dalam keadaan hina-dina" [Ghafir:60]
Pernah sahaja rasa lelah, rasa malu dan putus asa untuk berdoa kerana doa tidak dimakbulkan. Tapi telah berkata Shaykh Ibn 'Ataillah As-Sakandary :
"Jangan berputus asa sekiranya Allah Subhanahu wa Taala melewatkan penerimaan doa walaupun kamu sudah bersungguh-sungguh berdoa, kerana Allah telah menjamin akan menerima semua doa menurut yang Dia kehendaki untukmu, bukan menurut kehendakmu pada waktu yang ditentukan-Nya , bukan pada waktu yang engkau tentukan".
"Jangan berputus asa sekiranya Allah Subhanahu wa Taala melewatkan penerimaan doa walaupun kamu sudah bersungguh-sungguh berdoa, kerana Allah telah menjamin akan menerima semua doa menurut yang Dia kehendaki untukmu, bukan menurut kehendakmu pada waktu yang ditentukan-Nya , bukan pada waktu yang engkau tentukan".
Bukannya Allah tidak menerima permintaan kita itu cuma masanya belum sesuai untuk dimakbulkan. Kadangkala kita minta sekian sekian tapi secara tak sedar Allah beri sekian sekian bukan yang kita minta tetapi sebagai ganti kerana Allah lebih tahu mana yang terbaik buat hamba-Nya. Sentiasa bersangka baik dengan Allah kerana Allah tidak akan sesekali memungkiri janji kerana itu adalah sifat manusia. Contohnya, seorang anak meminta motosikal daripada ayahnya sedangkan belum sesuai bagi budak kecil sepertinya untuk memiliki sebuah motosikal. Mungkin ayahnya akan memberi motosikal tersebut apabila dia sudah besar atau mungkin ayahnya membelikan basikal buat anaknya kerana itu yang terbaik tapi lambat laun, ayahnya akan belikan juga motosikal jika dia perlu.
Kerja kita hanyalah meminta dan yang akan memberi itu kerja Allah. Di mana, bagaimana Dia memberi, apa dan kenapa itu semua kerja Allah. Tidak layak untuk kita mempersoalkan urusan Allah. Kalau kita yakin dengan kebijaksanaan dan keadilan Allah, maka kita juga kena yakin yang Allah tahu apa yang terbaik untuk kita. Ingat, Dia tidak Zalim!
1:00PM
Comments
Post a Comment