Adik aku kuat
Bismillahirrahmanirrahim.
Pagi tadi telefon umi yang jauh nun di Malaysia sebab semalam banyak kali call tapi tak dapat mungkin sebab dah lewat di Malaysia.
Bila umi angkat, umi tanya " kenapa suara macam sedih sangat tu?"
"Eh umi. Arij bukan sedih. Orang baru bangun tidur la 😁" aku jawab sambil gelak sendiri sambil tengok jam, baru pukul 8.30 am.
macam biasa lah, aku akan tanya khabar umi ayah dan umi jawab " ayah demam dekat seminggu dah. Tapi jangan risau la. Kami kat sini ok ja."
Masa tu panik dan risau la juga tapi tak cakap sebab umi sebolehnya taknak aku risau langsung pasal keadaan dekat sana. Tapi, anak mana yang tidak risau bila orang tuanya sakit. 😔
Aku cakap la dekat umi yang aku ada sesuatu nak cakap tapi dalam keadaan aku sebak dan hampir menitiskan air mata. Akhirnya aku keluar dari bilik pergi ke hadiqah sakan(baca:halaman luar asrama). Aku pun cerita la perkembangan diri aku. Perasaan aku sepanjang 3 minggu aku tak bercakap dengan umi ni. Dan aku memang tak mampu nak tahan air mata ni dari menitik-nitik sebab bila cerita dekat emak kita ni, lain rasanya berbanding cerita dekat kawan.
Umi diam dengar aku bercerita dan menyelit-nyelit dengan nasihat dan harapan dia untuk anak nakalnya ini. Mulanya umi memang agak membangkang aku sebab semua yang aku cerita adalah perkara yang aku buat tapi dia tak nampak. Tapi lama-lama umi mula berlembut dan nasihat aku baik-baik. Harapan aku satu ja, aku nak umi ayah faham aku dan beri peluang dekat aku untuk aku buktikan diri aku ni bukan la anak yang tidak berjasa. Dan aku harap umi ayah sokong aku. Perasaan aku waktu tu, tak tahu la nak cakap . Seronok sebab dengar nasihat dari umi, sedih sebab lambat lagi nak balik malaysia, risau sebab ayah sakit, kecewa sebab tak jadi anak yang baik, puas sebab orang yang aku paling sayang dengar luahan hati aku. Bercampur-campur. Aku hanya minta umi beri aku sokongan sepenuhnya dan percayakan aku ja. Aku cerita apa yang aku cuba lazimkan amalan dengan huda,diba dan fitri. Umi kata, baguslah biasakan diri dengan buat benda baik supaya lama-lama kita boleh istiqamah. Masa tu, memang air mata ni, turun macam hujan dan aku tak kisah pun siapa pun yang nampak aku menangis dekat situ sebab aku sayang mak aku.
Lepas 40minit lebih kut cakap dengan umi, umi suruh cakap dengan kakcik, asma' sebab umi nak pergi ambil adik ahmad dekat sekolah dia. Masa kakcik cakap, dia tanya aku satu soalan yang mulanya aku dah berhenti nangis tapi boleh menangis balik " kak arij, kalau jadi anak yang solehah boleh masuk syurga kan? ". Adik aku ni darjah 3. Aku ada 8 adik-beradik dan aku yang ketiga. Kakak aku praktikum nursing dekat selangor dan jarang balik, abang aku dekat mesir, aku dekat jordan , adik aku 2 orang duduk asrama, yang ada dekat rumah hanya adik aku yang darjah 6 , darjah 3 dan 5 tahun. Yang darjah 6 ni sibuk dengan tuisyen dan upsr. Jadi, kakcik ni la yang kena jadi kakak dalam rumah tu. Dia cerita dekat aku betapa sedihnya dia bila dia selalu nak jaga ahmad tapi ahmad selalu buat tak baik dengan dia. Dia cakap, dia tak pernah rasa rindu kat kami bertiga sampai tahap tengok bintang ingat kakak abang dia nangis-nangis. Aku rasa sebak yang amat sebab dia baru darjah 3 tapi dia yang kena galas tanggungjawab kami bertiga kakak abang ni. Aku mampu pujuk dan nasihat ja.
Aku cakap dekat kakcik yang syurga Allah tu memang untuk orang-orang baik saja. Aku cakap juga kalau kita selalu buat baik, biarpun orang buat tak baik tak mengapa kerana Allah yang akan balas kebaikan kita tu. Dia minta doakan ahmad tak buli dia dah😂 kesian dia. Tapi aku tak sangka bila dia luahkan tu, aku hanya mampu cakap, "takpa kakcik, nanti kak arij balik, kami pula jaga ayah jaga ahmad jaga rumah. Kakcik ni anak solehah. Mengadu la kat Allah kalau kakcik sedih". Akhirnya, aku terpaksa minta untuk hentikan perbualan sebab tempoh weinak(kad prepaid nak call oversea) nak habis.
Aku mampu doa supaya Allah mudahkan urusan adik aku, umi ayah aku. Berikan keluarga aku kebahagiaan dan dijauhi bencana serta maksiat 😢
*kakcik tunggu kak arij balik tau
Comments
Post a Comment