Istiqamah itu satu mujahadah
Assalamualaikum. Alhamdulillah masih di beri nikmat iman dan hidup pada hari ini. ALLAH itu Maha Pemurah kan. Hari ini, kelas aku lambat sikit tengahari macam tu. Tapi aku keluar awal sebab ada urusan nak bayar yuran. Masa keluar dari bilik, minta sangat pada Allah ,semoga urusan dipermudahkan sebab dekat sini susah sikit nak berurusan dengan arab terutamanya bab-bab bayar-bayar ni. Memandangkan sekarang bukan musimnya lagi nak bayar itu ini, Alhamdulillah mudah tak sampai 10 minit siap urusan. Tengok jam baru pukul 9. Kelas pukul 11, ada 2 jam lagi. Ingat nak jumpa duktur nak bagitahu semalam tak masuk kelas sebab ada exam, tapi duktur tak ada pula. Terserempak dengan kawan arab ni, nama Bayan. Bayan ajak duduk di hadiqah kuliah adab sembang-sembang dengan dia. Tapi selepas 15 minit aku lari pergi sudut lain. Ingat nak baca buku untuk kelas kejap lagi tapi macam tak ada mood. So, tilawah sekejap dan ayat-ayat yang aku baca kebanyakannya tentang azab Allah, tentang bagaimana orang kafir asyik berpaling dari ayat Allah SWT. Dan terdetik di hati nak cari blog-blog yang boleh dibaca. Aku search cara nak istiqamah dengan perkara kebaikan. Yang keluar, cara memimpin hati dan aku tertarik nak baca. Boleh la korang nak baca nanti melalui link ni
,http://www.usahataqwa.com/rohaniah/cara-cara-memimpin-hati/
Memang termuhasabah sebentar bila baca blog tu. Terfikir tentang hati ini. Bagaimana hati aku? Sifat tidak baik apakah yang ada dalam diri aku yang aku mesti lawan? Nafsu aku tercabar dengan apa ya? Tiba-tiba dapat idea, balik bilik nanti, nak list perkara-perkara yang selalu buat aku kalah dengan nafsu, dan nak detect cara untuk berperang dengan dia ๐ช hehe. Betullah mujahadatunnafs tu sangat susah dan sebesar-besar mujahadah.
Depan aku tadi, ada dalam 3 atau 4 orang arab syabab berbincang sambil hisap rokok. Aku cuba dengar apa yang diorang sembang. Tentang ayat Al-Quran amar makruf nahi munkar. Wahh, usrah kah? Walaupun tak tahan dengan asap rokok diorang, tapi teringin nak dengar sebab diorang ni mungkin jenis arab yang memang datang jamiah nak belajar๐. Diorang merokok tapi berbincang mengenai amal kebaikan huhu. Tapi bagus lah sebab lepas bincang pasal tu, diorang bukak kitab dan bincang mengenai kecantikan penggunaan bahasa dalam Al-Quran yang aku rasa mungkin madah Bayan fil Quran wal Hadis as syarif sebab sem ni, aku pun amik madah yang sama. Tak kisah la sebab kerja sekolah ka apa, tapi yang bagusnya diorang banyak keluarkan hadis dan saling berbincang. Terpegun aku sebab selalunya arab syabab ni, suka kacau orang, lepak, main. tu la awak, lepas ni, jangan judge orang sangat. Semua manusia dalam dunia ni, perlu diberi peluang untuk mereka buat baik. Bersangka baik itu kan lebih baik berbanding bersangka buruk yang akhirnya menyebabkan kita menilai dan menghukum seseorang✌.
Ok, nanti tulis lagi. Baca tau entry post blog kat atas. Sangat bermanfaat.๐

Comments
Post a Comment