my cinta hati
ini umi ayah aku. mereka berdua adalah dua insan yang paling aku sayang. insan yang sentiasa sokong aku walaupun aku tidak sedar. dua insan yang sentiasa jadi idolaku. umi aku dan ayah aku dulu belajar di University Of Jordan, Amman, Jordan. diorang berdua berkahwin semasa belajar di sini dan Alhamdulillah kitorang ada 8 beradik sekarang. umi aku seorang yang kuat sangat dalam menempuhi hidup dia yang banyak liku-liku sejak kecil lagi. Alhamdulillah ayah sentiasa ada di sisi dia walaupun kami anak-anak tak tahu macam mana susahnya hidup umi sejak kecil. ayah dulu pun, orang susah. ayah selalu cerita macam mana ayah membesar dalam keadaan hidup susah. umi seorang yang sangat cintakan ilmu dan umi sangat-sangat juhud dalam sesuatu perkara yang dia nak capai. even sampai sekarang umur umi 44 tahun pun, dalam keadaan anak-anak yang ramai dan masih kecil, umi masih tekun,gigih dan sungguh-sungguh belajar. umi pernah cakap, umi akan belajar walaupun sampai umi mati sebab ilmu tu sangat luas. aku malu dengan umi hehe. aku ni pemalas. kadang-kadang terfikir, takda ka sifat rajin umi dalam diri aku? umi, i promise i will be someone useful and better than you in sha Allah. im trying my best.
sekarang ayah aku sakit. dah lama ayah sakit but it is normal for us. we were used to it and we will always be with him because he is our soul. ayah memang superhero kitorang sejak kecil. ayah, kitorang minta maaf sebab selalu buat ayah risau dengan behaviour kitorang yang pelik-pelik ni. in sha Allah, ini adalah salah satu proses kitorang nak jadi matang dan jadi anak yang soleh solehah buat umi ayah. i will prove it. even ayah sakit pun, he always trying his best to be a good ayah. ayah penat cari duit untuk kami anak-anak belajar walaupun ayah nak pergi sekolah pun kadaang-kadang tak nampak time drive. aku dengan ayah bukan pandai nak sweet-sweet macam anak-ayah lain. tapi aku pernah test ayah punya sweetness, Alhamdulillah its is positive.
ayah is sooo my sayanggg
aku kadang-kadang terfikir, betapa bertuahnya aku punya umi ayah seperti mereka, sentiasa support anak-anak diorang walaupun anak diorang ni nakal sangat. dari kecil, aku dah biasa, semua diaturkan oleh diorang. bidang aku belajar, sekolah mana, apa aku join dan dengan siapa aku berkawan. but, umi ayah still selalu bagi kami kebebasan dalam apa kami nak pilih sebab umi selalu cakap, "umi nak anak umi rasa bebas macam anak orang lain juga. taknak anak-anak rasa terkongkong tapi apa yang patut umi ayah kawal, itu umi ayah kawal". but, jiwa muda kan, sentiasa memberontak. selalu rasa mak ayah ni tak kenal kita la. tak tahu kita punya pilihan la. itu la silap aku dulu. aku datang ke jordan ni pun, sebab aku umi ayah suruh. tapi, lama-lama aku redhokan hati, dan cuba untuk lembutkan hati fikir balik apa hikmah aku datang sini. Alhamdulillah semakin lama, rasa nak belajar bahasa arab tu semakin membuak-buak berbanding bidang ekonomi.
right now, umi ayah dah beri aku peluang kedua. sebenarnya bukan kedua. dah banyak dah. and, i need to be a solehah girl dan buktikan kat umi ayah, i can do it! aku bukan kanak-kanak lagi nak main aci test aku nak jadi apa besar nanti. aku dah kena bertindak mengikut kewarasan muslim dan seorang dewasa untuk menjadi someone useful for her deen, parents and society. terima kasih sangat umi ayah sebab beri didikan agama dekat arij sejak arij kecil even arij ni kadang-kadang degil nak ikut. thanks sebab sentiasa cuba untuk percayakan arij walaupun arij selalu menghampakan umi ayah. kalau dulu, arij pernah buktikan. maka, sekali lagi, arij akan buktikan dengan akhlak dan kejayaan diri, in sha Allah. kawan-kawan, doakan i ya semoga i jadi anak yang solehah, qurratu ain buat dua insan tersayang ini. kawan-kawan juga, selamat berbakti kepada ibu bapa kalian sementara diorang masih ada untuk merisaukan kalian. sungguh mereka adaah permata paling berharga yang kalian tak dapat kat dunia lain sepertimana kalian adalah permata diorang. goodluck !
Comments
Post a Comment