Let bygones be bygones
Bilik study, 10:45pm.
"Ayu, awak tahu tak macam mana cara nak melupakan seseorang yang kita sangat sayang?"
"Ouh. Awak ada masalah hati ya? Awak selalu isi masa kosong awak dengan buat apa?"
Ayu, pelajar tingkatan 5 yang dianggap kakak senior yang sangat sopan, lemah-lembut, tawadhuk dan manis orangnya. Dia juga pelajar yang sangat bagus akhlaknya.
Amira pula pelajar tingkatan 4 yang bersekolah di sekolah yang sama. Amira pelajar yang sopan dan bagus tetapi amira kurang mengambil berat soal ikhtilat. Amira mempunyai seorang lelaki yang dia sangat rapat dan sayang iatu syafiq. Walaupun begitu, amira juga amat disenangi di kalangan kawan-kawannya. Pada suatu hari, amira mengambil keputusan untuk berhenti berhubung dengan syafiq kerana dia mahu melakukan perubahan dalam dirinya. Dia tidak mahu lagi melakukan perkara-perkara maksiat yang sering mengganggu dia untuk menjadi lebih baik. Memang berkawan dengan kawan yang berlainan jantina itu diharuskan tetapi amira dan syafiq sering melampaui batas dalam berhubung. Mereka seperti pasangan bercinta sedangkan mereka sering menafikan hal itu.
"Saya selalu main handphone, baca buku, tengok drama dan kadang-kadang saya tengok juga video-video ceramah. Tapi kan ayu, saya jaga solat fardhu, saya jaga hubungan dengan manusia, saya selalu bersedekah. Mengapa susah sangat saya nak lupakan lelaki ini ya?"
"Erm, selepas ini, bila awak buka facebook, awak jangan tengok wall dia. Awak buang semua conversation antara awak dan dia yang masih ada dalam semua akaun media sosial awak. Apabila awak baca Al-Quran, teliti dan fahami maknanya. Solat memang dijaga tapi kualiti solat juga perlu dijaga. Awak mesti boleh lupakan dia kalau hati awak betul-betul lawan perasaan tu. Awak kena lebih dekat dengan Allah berbanding manusia. Selalu la berdoa supaya hati awak tidak dipalingkan kepada perkara-perkara yang melalaikan."
"in sha Allah ayu saya akan cuba. Terima kasih sangat atas nasihat awak. Tapi saya ada satu soalan.Ayu, awak pernah bercinta?"
"Perasaan ingin bergaul,ingin disayangi dan menyayangi itu fitrah. Kalau Allah berikan perasaan itu kepada kita itu bermakna Dia mahu uji kita.sungguh saya cakap, masa lampau saya tidak lah seperti yang awak bayangkan. Saya pernah berada di tempat awak. Malah lebih teruk lagi. Banyak dosa yang saya pernah lakukan. Tapi, Allah itu Maha Pengampun lagi Maha Adil. Dia beri satu ujian lain kepada saya untuk saya pilih Dia berbanding dunia dan saya melangkah perlahan-lahan untuk memperbaiki diri ini. Sungguh, tidak mudah untuk jadi baik tapi ianya bukan lah perkara yang nustahil. Allah akan mudahkan urusan kita jika kita memilih untuk berada di jalanNya."
"Tapi, awak baik sangat. Saya macam tak percaya awak ada masa silam sebegitu. Ya, saya selalu cakap nak jadi baik. Tapi tak pernah baik."
"Awak lupakah pada ayat Al-Quran yang berfirman : “Katakanlah: “Hai hamba-hambaKu yang melampaui batas terhadap diri mereka sendiri, janganlah kamu berputus asa dari rahmat Allah. Sesungguhnya Allah mengampuni dosa-dosa semuanya. Sesungguhnya Dia-lah yang Maha Pengampun lagi Maha Penyayang.” (QS. Az-Zumar: 53) "
Sejak dari perbualan itu, amira selalu menjaga akhlaknya dan setiap amalan baik yang dia cuba lakukan. Dia cuba menangani masalah hatinya dengan sendiri kerana bagi dirinya, masalah hatinya hanya dapat dibantu oleh dirinya sendiri di samping mendapat sokongan dari sahabat-sahabatnya. Alhamdulillah semakin hari amira menunjukkan perubahan yang positif. Adakalanya amira jatuh dan tidak kuat namun dia cuba melawan perasaannya itu dengan penuh sabar.
Manusia selalu mencari penerimaan manusia dan memikirkan reaksi manusia lain berbanding memikirkan hikmah sesuatu perkara itu ditimpa ke atas kita. ALLAH itu Maha Penyayang dan Berkuasa. Allah yang memegang hati manusia. Jadi, banyakkan berdoa minta padaNya untuk melembutkan hati manusia dan sekaligus memberi kekuatan kepada diri kita saat kita diuji. Jangan sesekali minta untuk tidak diuji tetapi minta lah padaNya dikuatkan untuk mengharungi ujian Allah. Bersyukurlah seandainya Allah masih memberi peluang kepada kita untuk bercinta denganNya kerana masih ramai manusia di luar sana yang Allah biarkan mereka lalai dengan dunia mereka sendiri. Sentiasa bersangka baik dengan Allah kerana Allah itu tidak Zalim malah kita ini yang selalu menzalimi diri sendiri.
“Kemudian, sesungguhnya Tuhanmu (mengampuni) bagi orang-orang yang mengerjakan kesalahan karena kebodohannya, kemudian mereka bertaubat setelah itu, dan memperbaiki ( dirinya) sesungguhnya Tuhanmu sesudah itu Maha Pengampun lagi Maha Penyayang.” (QS. An-Nahl: 119)
Terima kasih membaca. Cerita ini berdasarkan kisah benar kakak senior saya dan juniornya. Benda yang lepas jika baik, jadikan sebagai penguat semangat untuk jadi lebih baik. Jika tidak baik, jadikan pengajaran pada diri kita untuk jadi lebih baik. Pokoknya,cuba lah jadi lebih baik setiap hari. Kita yang melihat mereka dalam situasi ini pula, selalu lah bantu mereka jangan menghina dan memandang masa silam mereka seperti daging yang melekat pada mereka seolah-olah tidak dapat ditanggalkan. Yang baik tak selamanya baik dan yang tidak baik tak selamanya tidak baik. Ajar hati tu tengok orang yang di atas kita bukan di bawah kita. ❤
9:20am
Comments
Post a Comment