Tiga perkara utama yang sering di ambil mudah

manusia memang tidak lari dari buat kesalahan. Ayat ini bukan nak sedapkan hati tapi nak bagitahu semua orang supaya ambil iktibar. Tapi nak semua orang berhati-hati dengan hawa nafsu. Ummi ayah aku selalu pesan, jaga SOLAT lima waktu. Kalau tak jaga solat, yang lain semua HANCUR. Kita semua tahu solat itu tiang agama bla bla bla. Tapi, kita selalu culas bab solat ni. 'Nanti la.ada kerja nak siapkan.' , 'alaaa...belum habis waktu lagi.nantilah' , 'solat aku solat aku lah. Jaga diri sendiri'.. macam² kita selalu bagi alasan. Sedangkan kita lupa, Allah kata, kalau kita jaga hak kita dengan Dia, maka, Dia akan jaga hak kita dengan semua perkara. ALLAH akan mudahkan urusan lain. Keberkatan masa itu akan diperoleh kalau solat dijaga. Keberkatan ilmu diperoleh kalau solat dijaga. Kita saja yang lupa semua tu. Jadi, jaga lah solat agar hidup sentiasa BERKAT.

عَنْ أُمِّ فَرْوَةَ قَالَتْ سُئِلَ رَسُولُ اللَّهِ -صلى الله عليه وسلم- أَىُّ الأَعْمَالِ أَفْضَلُ قَالَ « الصَّلاَةُ فِى أَوَّلِ وَقْتِهَا »
Dari Ummu Farwah, ia berkata, “Rasulullah shallallahu ‘alaihi wa sallampernah ditanya, amalan apakah yang paling afdhol. Beliau pun menjawab, “Shalat di awal waktunya.” (HR. Abu Daud )

Jujur itu sifat yang sangat mulia. Susah nak jumpa manusia yang jujur sejujur² nya ni. Sifat nabi muhammad SAW tu. Kita kena jujur dengan diri sendiri, dengan manusia, dengan Allah dan dengan alam. Kalau jujur, hati senang sebab tidak menipu. Sekali menipu, banyak lagi penipuan yang akan kita cipta untuk menutup penipuan yang lama. Kadang² terpaksa mereka-reka perkara yang tidak benar. Kita nampak benda ni kecil. Tapi dari kecillah jadi besar dan akhirnya kita jadi munafik. Besar sangat dosa orang munafik ni.

Satu lagi perkara yang sering kita abaikan adalah untuk menjaga hubungan dengan manusia. Ada golongan yang kuat beribadat tapi tidak bermujtama' / bersosial. Apakah bagus begitu? Ada golongan yang bersosial sehingga berlebihan. Pun tidak bagus. Mencintai manusia/sahabat kerana Allah itu adalah salah satu perbuatan yang boleh membuatkan kita mencapai halawatul iman. Tapi, mencintai manusia lebih dari segala-galanya membuatkan kita binasa. Kita kena jaga hak² orang sekeliling kita walaupun sekecil-kecil hak. Kita kena laksanakan amanah yang orang beri pada kita. Aku ada sebuah kisah seorang kawan yang dulu, dia pernah cuba untuk mencuri duit sahabatnya sendiri. Jumlahnya kecil tapi itu tetap perbuatan dosa dan mengkhianati itu sangat lah besar kesannya. Si pencuri ini terlampau ikutkan kata hati sehingga dia lupa Allah sentiasa melihat apa yang dilakukan hambaNya. Bila kawan dia tahu, betapa luluh hancurnya hati dia kerana kawan yang dicintai,yang disanjungi,yang sentiasa bersama sanggup mengkhianatinya hanya kerana sekeping duit RM10. Lepas daripada kejadian tu, memang mereka renggang kerana nilai persahabatan yang dibina telah retak. Tapi selepas beberapa bulan, kawan yang dianiaya tadi masih boleh memaafkan dan berkawan dengan si pencuri seperti biasa. Alangkah betapa indahnya perasaan dan dunia ketika itu. Betapa Pengampunnya Allah SWT. Betapa Allah itu Adil dan Tidak Zalim terhadap hambaNya. Fatrah kawan dia benci dia tu, adalah fatrah Allah bagi nak suruh si pencuri ni cari Allah dan bertaubat. Bukan fatrah untuk mengejar penerimaan manusia. Sedangkan semasa diuji,Allah beri si pencuri ni banyak nikmat dengan kawan² yang lain datang membantu memberi sokongan, dan macam² lagi. ALLAH itu sangat lah Penyayang. Tapi kita? Selalu lupa. Jaga lah hubungan dengan manusia sebab mustahil untuk kita hidup atas muka bumi ini tanpa manusia lain bersama kita.

ضُرِبَتْ عَلَيْهِمُ الذِّلَّةُ أَيْنَ مَا ثُقِفُوا إِلا بِحَبْلٍ مِنَ اللَّهِ وَحَبْلٍ مِنَ النَّاسِ وَبَاءُوا بِغَضَبٍ مِنَ اللَّهِ وَضُرِبَتْ عَلَيْهِمُ الْمَسْكَنَةُ ذَلِكَ بِأَنَّهُمْ كَانُوا يَكْفُرُونَ بِآيَاتِ اللَّهِ وَيَقْتُلُونَ الأنْبِيَاءَ بِغَيْرِ حَقٍّ ذَلِكَ بِمَا عَصَوْا وَكَانُوا يَعْتَدُونَ

"Mereka diliputi kehinaan di mana saja mereka berada, kecuali jika mereka berpegang kepada tali (agama) Allah dan tali (perjanjian) dengan manusia, dan mereka kembali mendapat kemurkaan dari Allah dan mereka diliputi kerendahan. Yang demikian itu karena mereka kafir kepada ayat-ayat Allah dan membunuh para nabi tanpa alasan yang benar. Yang demikian itu disebabkan mereka durhaka dan melampaui batas.." Qs.3:112
 Jadi, jagalah akhlak kita. Perbaiki sahsiah kita. Jaga hubungan dengan Allah dan manusia. Jaga solat kita. Selalu beristighfar. Ringankan lidah berzikir. Sekian dari saya, hamba yang bertaubat.😊

Comments

Popular posts from this blog

Rahmat dalam ujian

How to appreciate others

My idol