Nak kahwin tak?

Bismillahirrahmanirrahim. Nak tulis post ni sangat lah membuatkan hati ini gerun dan gementar. Takut ada yang salah dari diri ini. Tapi post ni aku nak tulis berdasarkan pembacaan aku, pengalaman sekeliling aku dan pendapat aku.

Lately, banyak kawan aku cakap nak kahwin tapi ada banyak kekangan. Parents tak bagi la pasangan tak bersedia la diri tak bersedia la and macam-macam lagi. Dan pagi ni, aku ada baca sikit-sikit dari blog dan internet tentang halangan orang nak berkahwin, matlamat perkahwinan dan sebagainya. Serious, aku bukan arif sangat pasal bab kahwin ni tapi apa aku nak cerita hari ini bukan pasal ikhtilat and so on. Aku nak cerita untuk yang dah faham agama. Means, lelaki perempuan yang dah ada basic agama tentang ilmu fiqh munakahat ni sebab korang dah boleh faham basic-basic fiqh munakahat yang aku tak sebutkan. Kalau korang tak faham, aku harap sangat korang kaji lagi,ya. Post ni lebih kepada nak bantu kawan-kawan yang ada dilema dalam diri dia pasal perkahwinan ni tapi lebihkan lagi membaca ya.

First, apa matlamat korang nak kahwin? Ramai orang jawab "aku nak elak diri buat maksiat..". Jawapan ni bagi aku tak kukuh. Kau nak kahwin sebab nak elak fitnah maksiat, then nanti dah kahwin bila dah tak buat maksiat apa kau nak buat seterusnya? Tiada matlamat bak kata ustazah aku. Lepas kahwin pun, banyak ja manusia yang buat maksiat kalau tak, macam mana boleh bercerai-berai? na'uzubillahi min zalik..
Kita hidup ada matlamat kan. So, kahwin pun kena la ada matlamat. First, nak kahwin ni kena betulkan niat, kita kahwin sebab itu perintah Allah dan sunnah nabi. Sebab hidup kita kalau tak ada Allah dekat dalam hati, binasa!. Aku malas nak kupas banyak-banyak sangat sebab aku nak korang juga banyak la membaca ya.

Then, kita kahwin sebab nak TAQWA. Apa kaitan? Ada hadis nabi berkata :
مَنْ تَزَوَّجَ فَقَدِ اسْتَكْمَلَ نِصْفَ الْإِيمَانِ، فَلْيَتَّقِ اللَّهَ فِي النِّصْفِ الْبَاقِي

"Barangsiapa berkahwin, dia telah menyempurnakan separuh agamanya. Maka hendaklah dia bertaqwa dengan separuhnya yang lain..." (HR Tabrani)

Hakikatnya, dengan kahwin ni la jalan pintas untuk dapat taqwa. Bermakna, kahwin ja sebenarnya dah menyelamatkan kita dengan banyak fitnah yang mungkin berlaku. Bila kita kahwin, seolah-olah kesempurnaan agama telah hadir pada diri kita. Tinggal, kita nak menjalankan projek TAQWA dengan pasangan kita agar kehidupan kita dan pasangan seiring dengan apa yang Allah dan rasul inginkan. selain tu, kita nak bina keluarga islam yang mawaddah dan sakinah. Bila dah kahwin akan ada generasi-generasi islam yang kita nak bentuk yakni keturunan kita. Kahwin juga in sha Allah dapat mengelakkan kita daripada melakukan perkara maksiat sebab bila dah kahwin, kalau faham islam kita akan jaga diri dan kurang rasa untuk melakukan maksiat. Last, kalau kahwin ni akan ada salah satu matlamat kita nak hidup kita lebih terurus. Bila kahwin ni pasangan kita akan melengkapkan kelemahan diri kita sebab perkahwinan kan saling melengkapi actually manusia not perkahwinan sahaja. Misal kata, orang lelaki kurang dalam bab mengemas rumah so pasangan dia boleh tolong. Bila kita ada masalah nak cerita, pasangan kita ada. Perkahwinan ni bukan setakat nak menghalalkan perbuatan dan suatu perhubungan bahkan lebih luas dari itu. Melibatkan dakwah dan tarbiah islam.

Apa yang dimaksudkan dengan persediaan sebelum kahwin? Kalau di pihak lelaki, selalu anggap belum bersedia dari segi kewangan la kematangan la takut nak menerima tanggungjawab la takut hilang kebebasan la. Sama ja di sebelah perempuan pun. Bagi aku, persediaan tu benda rohani yang paling besar bukan kewangan. Kita dah bersedia ka nak mengharungi segala liku-liku dan cabaran yang sangat besar selepas kahwin?

Ingat kahwin ni senang ka? Ingat kahwin ni sehari dua hari ka? Ingat perkahwinan ni sesimple apa yang kita sangka ka?

“Sejauh mana kita bersedia memikul tanggungjawab perkahwinan, sejauh mana kita bersedia untuk memikul segala beban dan cabaran yang bakal berlaku dalam menempuh badai ombak dalam perkahwinan, sejauh mana kita FAHAM dengan JELAS matlamat dan tujuan perkahwinan…”

Jangan risau nak kahwin tapi tak ada kewangan sebab percayalah Allah itu Maha Pemurah. Kita tolong agama Allah maka Allah akan bantu memudahkan urusan kita.

“Dan kawinkanlah orang-orang yang sendirian diantara kamu dan orang-orang yang layak (berkawin) dari hamba-hamba sahayamu yang lelaki dan perempuan. Jika mereka miskin Allah akan memampukan mereka dengan kurniaNya. Dan Allah Maha Luas (Pemberian-Nya) lagi Maha Mengetahui”. (An Nuur: 32)

“Hai orang-orang yang beriman jika kamu menolong (agama) Allah, nescaya Dia akan menolongmu dan meneguhkan kedudukanmu”. (Muhammad : 7)

“Ingatlah, sesungguhnya pertolongan Allah itu amat dekat”. (Al Baqarah : 214)

“Kerana sesungguhnya sesudah kesulitan itu ada kemudahan, sesungguhnya sesudah kesulitan itu ada kemudahan”. (Alam Nasyrah : 5 – 6)

“Ada tiga golongan manusia yang berhak Allah tolong mereka, iaitu seorang mujahid fi sabilillah, seorang hamba yang menebus dirinya supaya merdeka dan seorang yang menikah kerana ingin memelihara kehormatannya”. (HR. Ahmad 2: 251, Nasaiy, Tirmidzi, Ibnu Majah hadits no. 2518, dan Hakim 2: 160)

Tak cukup lagikah bukti yang Allah itu Maha Pemurah? Banyak situation yang kita nampak, waktu permulaan kahwin memang diuji hidup susah tapi lama-kelamaan mereka diberikan rezeki melimpah-ruah dan cukup untuk keperluan mereka. Itukan bukti Allah akan memudahkan kita. Memang masa nak minta kahwin ada antara kita yang mak ayah tak izinkan. Bukan diorang saja-saja tak benarkan tapi dari sudut diri kita tu yang menyebabkan diorang tak nampak kita bersedia. Mak ayah ni bukan nak anak diorang dah bekerja sangat tapi diorang nak tengok kita pandai uruskan diri, kewangan dan tanggungjawab lain.

macam mana nak meyakinkan mak ayah untuk membenarkan kita berkahwin tambah-tambah pada usia muda? Mungkin sebab kita tak matang lagi jadi, tunjukkan sikap kita yang bertanggungjawab atas segala hal. Dah kalau 24 jam tidur game movie macam mana mak ayah nak bagi kahwin? Buktikan pada mak ayah dengan belajar bersungguh-sungguh dengan bagi dapat mu'addal(baca:pointer) tinggi. Boleh urus kewangan dengan baik. Dah la selalu call mak ayah time minta duit ja, lepas tu duit diorang bagi kita boros dan habiskan untuk benda-benda tak berfaedah, macam mana nak dapat green light. Dan selalu lah berdoa supaya Allah lembutkan hati mereka. Tapi kalau kita dah betul-betul bersedia sahaja ya. Kalau belum, tak payah fikir pun pasal kahwin ni. Buang karan ja. Tapi, macam mana pun hidup kita kena ada plan jangka masa panjang (belajar and susun sendiri).

Nak cari pasangan ni, korang-korang yang belajar agama ni mesti dah masyi(baca:faham) sangat kan tentang hadis nabi :

"Seorang perempuan di nikahi kerana 4 perkara. Kerana harta, kedudukan, kecantikan dan agamanya. Carilah yang mempunyai AGAMA, nescaya kamu akan beruntung.."
(HR Muslim)

Jadi, tak perlu aku terangkan korang dah faham. Pilih la berdasarkan istikharah dan perbincangan bersama orang-orang yang lebih 'alim kerana ada seorang ulama’ berpendapat : "Amat elok untuk menggabungkan istikharah dengan berbincang dengan mereka yang lebih berpengalaman, pendapat mereka yang berpengalaman itu sebenarnya adalah salah satu dari tanda istikharah". Istikharah bukan mimpi dan tanda semata tetapi it adalah salah satu cara kita meminta petunjuk daripada Allah dan dalam masa yang sama kita kena berusaha dari segala aspek dan betawakal kepada Allah.

Nasihat aku, buat lah pilihan sebaiknya dan jangan lah tergesa-gesa dalam membuat keputusan.banyakkan rujuk 'alim ulama dan bertanya. Jangan pernah berhenti mencari apa yang kurang jelas di hati kita. Kita dah besar dan kita bakal membawa nama islam. Perbaiki akhlak sebelum kita bakal memegang tanggungjawab lain. Perbaiki hubungan dengan Allah, in sha Allah kullu kheir.

*post ni aku tulis tak hurai sangat sebab aku lebih menujukan post ni dekat kawan-kawan yang dah faham syariah dan islam. Bagi yang kurang jelas, boleh banyakkan pembacaan dan kajian. Sungguh yang tidak benar itu dari aku sendiri dan yang haq itu dari Allah. Aku minta maaf kalau post ni buat korang rasa tercabar atau kurang bermanfaat. Ambil yang baik, tegur kalau aku salah. Saya budak baru belajar

6:21AM

Comments

Popular posts from this blog

Rahmat dalam ujian

How to appreciate others

My idol