Futur itu biasa

Tanda- tanda kita jauh dari Allah tu, banyak sangat. Bila kita sibuk dan lalai tentang solat. Kita mengejar kemewahan dunia lebih dari akhirat. Kita lupa kita ni lemah. Kita rasa tak tenang. Kita sanggup buat dosa. Kita kurang berzikir dan istighfar. Macam-macam lagi lah. Tapi, macam mana nak tingkatkan iman balik? Macam mana nak dekat balik pada Allah?

Kita sebagai hamba Allah ,secara fitrahnya menginginkan kebaikan. Memerlukan bantuan Allah. Ingin mempunyai kepercayaan terhadap Allah. Tapi, bagaimana usaha kita untuk dekat kepada Allah dan mencapai halawatul iman itu sendiri?

Bila kita dah jauhhh dari Allah, ingatlah ayat Al-Quran yang berfirman :

(قال تعالى : وإن يمسسك الله بضرٍ فلا كاشف له إلا هو، وإن يمسسكَ بخيرٍ فهو على كل شيء قديرٌ)

"Jika Allah menimpakan suatu kemudaratan kepadamu, maka tidak ada yang (mampu) menghilangkannya melainkan Dia sendiri. Dan jika Dia mendatangkan kebaikan kepadamu, maka Dia Maha Kuasa atas segala sesuatu" [Al-An'am : 17]

Allah yang memberi dugaan dan ujian ke atas kita, maka Allah juga lah yang tahu penyelesaian kepada kesulitan itu. Jika kita hambaNya ini memohon petunjuk daripadaNya, pasti Allah akan bantu permudahkan urusan kita. Ingat lah sahabat, Allah itu tidak zalim malah Penyayang lagi Maha Pengampun. Allah uji kita kerana Allah sayangkan kita dan Dia mahu kita kembali mencari Dia sebelum makhluk lain. Tidakkah kita berasa bersyukur kerana Allah Pencipta sekalian alam merindui kita? Ma sha Allah betapa besar nya hikmah setiap ujian yang Allah berikan kepada kita. Ujian bukan untuk melemahkan bahkan menguatkan. Firman Allah lagi,

(ما أصابَ مِن مّصيبةٍ إلا بإذنِ الله ، ومَن يؤمن بالله يهدي قلبَه ، والله بكل شيء عليمـٌ)

"Tidak ada suatu musibah yang menimpa (seseorang), kecuali dengan izin Allah ; dan barang siapa beriman kepada Allah, nescaya Allah akan memberi petunjuk kepada hatinya. Dan Allah Maha Mengetahui segala sesuatu " [ At-Taghabun : 11]

Dan lagi,

(الله لا إله إلا هو، وعلى اللهِ فليتوكل المؤمنين)

"(Dialah) Allah, tidak ada tuhan selain Dia. Dan hendaklah orang mukmin bertawakal kepada Allah" [At-Taghabun :13]

Dalam Al-Quran banyak terkandung ayat yang menyatakan Allah itu Maha pengampun, Maha Penyayang, Maha Pengasih, Maha Mendengar, Maha Mengetahui segala isi hati. Ini semua sudah membuktikan bahawa, Allah sentiasa ada untuk hamba-hambaNya. Teringat satu kata-kata dari seorang sahabat saya, "bersyukurlah kerana ditimpa ujian. Itu tanda Allah masih memberi engkau peluang untuk mendekatiNya. Cuba bayangkan berapa ramai manusia di luar sana yang masih diuji dan dibiarkan lalai. Engkau bertuah kerana Allah masih merindui engkau." Ya, ayat yang dikeluarkan daripada mulut sahabat saya ni, sudah jelas lagi tepat. Tidak dapat disangkal lagi.

Kita selalu mengeluh, selalu merungut tentang berarnya ujian Allah tapi tidak pernah berfikir dan meneliti betapa banyak nikmat dan gantian kesenangan yang Allah dah bagi berbanding ujian yang sedikit itu. Sahabat-sahabat, masih belum terlambat untuk kita kembali ke jalan Allah. Selagi kita masih diberi nikmat bernafas, maka gunalah sebaiknya peluang itu. Bila kita futur, banyakkan berzikir, baca lah Al-Quran dan hayati maknanya, banyakkan solat sunat, mendekati orang-orang yang soleh dan berilmu, perbanyakkan membaca sumber bacaan ilmiah. In sha Allah, hati kita akan kembali ke jalan Allah.. selalu amalkan surah Al-Fatihah kerana dalam nya, terdapat banyak penawar hati.

*pesanan untuk diri sendiri dan orang lain✌

Comments

Popular posts from this blog

Rahmat dalam ujian

How to appreciate others

My idol