Kesesatan satu trauma buat saya
Aku stress ! Aku penat ! Tapi aku tak mampu nak buat sesi curhat pada kawan-kawan kerana fikiran aku serabut. Aku ambil keputusan untuk keluar dari rumah mengambil angin petang untuk tenangkan diri.
Aku berjalan tanpa melihat kiri kanan sambil telingaku disumbat dengan earphone yang menyebabkan aku tidak sedar apa yang berlaku di sekelilingku. Abaikan manusia sekeliling dan fikiranku menerawang memikirkan semua masalah yang datang tak berhenti ibarat peluru sniper.
Jalan dan jalan lagi. Sengaja aku pilih jalan yang banyak simpang dan setiap kali melintasi simpang, akan aku belok sehinggakan aku tidak sedar aku di satu tempat yang aku sendiri keliru dimanakah aku. Dengan cuaca hujan ditambah pula dengan angin sejuk yang menyucuk-nyucuk kerana musim sejuk belum berakhir. Aku ketuk kepala aku kerana aku hanya memakai tshirt biasa dan sehelai sweater yang tidak dapat memberi haba langsung buat diriku yang sedang menahan kesejukan. Jam menunjukkan pukul 4 lebih menandakan maghrib sudah pun tiba. Jalan raya basah, langit semakin gelap dan semua manusia bergegas ke masjid dan ada yang menuju ke rumah masing-masing melarikan diri dari kesejukan. Ada juga yang menjeling-jeling aku kerana pelik melihat manusia bukan berbangsa arab memandangkan kawasan itu tiada pelajar Malaysia.
Aku seluk poket bajuku, hampa. Hanya ada telefon bimbit dan earphone tanpa duit. Aku pula kehabisan credit untuk menghubungi kawan serumahku. Macam mana aku nak balik sedangkan aku tak tahu dimanakah tempat aku berdiri? Akhirnya, aku menghubungi keluargaku di Malaysia untuk menghilangkan perasaan seram dipandang-pandang oleh orang arab sekeliling. Aku tidak mampu berfikir malah aku tanya soalan yang agak senget bagiku pada ibuku, "umi,dulu masa umi belajar di jordan, umi ingat lagikah jalan raya dekat sini?" .jawapan yang aku dapat buat aku menangis dan dalam masa yang sama keluargaku hanya mampu menenangkan aku dengan berbual mengenai masalah-masalah aku. Memang aku tidak fikir semua masalah aku kerana masalah paling besar adalah aku tidak tahu bagaimana mahu pulang ke rumah.
Dalam masa yang sama, aku cuba untuk whatsapp kawan aku untuk meminta petunjuk jalan sambil cuba untuk mengambil beberapa gambar yang mungkin membantu aku. dia mencadangkan aku untuk mengambil teksi dan dia akan bayar setelah aku sampai nanti tapi tiada sebiji pun kereta kuning yang melintasiku. Aku terpaksa mencari masjid kerana aku perlu menunaikan solat maghrib terlebih dahulu. Sambil berjalan, aku cuba menghubungi si dia,kawan lain yang aku rapat dan aku yakin dia boleh membantu. Aku bernasib baik kerana masih punya wasilah internet untuk berhubung dengan mereka. dia meminta aku untuk cari masjid dan cuba kenalpasti nama jalan yang aku lalui. Akhirnya aku jumpa jalan mati sahaja dan tanah perkuburan. Memang seram. bila ternampak jalan besar, hati aku melonjak kegembiraan ditambah kerisauan kerana dia mengingatkan aku bahawa jalan yang dipijak itu adalah black area yang sangat jauh dari kawasan tempat tinggal pelajar Malaysia. Akhirnya aku jumpa sebuah masjid dan minta pada seorang pakcik untuk tumpang solat di situ memandangkan dia sedang mengunci bahagian solat wanita. Telefon bimbit ku berbunyi menandakan bateri semakin berkurang dan aku mendapat panggilan daripada dia supaya tunggu di masjid dan jangan ikut sesiapa pun yang menawarkan untuk menghantar aku pulang. Aku menunggu sambil menangis ketakutan dan kesejukan. Selang setengah jam dia tiba bersama teksi dan menyuruh aku untuk masuk ke dalam teksi.
Mulanya aku dimarahi dan aku hanya mampu mendiamkan diri. Selepas itu aku diketawakan pula oleh si dia. Memang malang nasib aku. Agak mustahil bagi aku untuk sesat kerana selalunya aku mudah untuk mengingati jalan-jalan yang aku lalui tapi mungkin kerana aku terlampau leka dan tidak perasan jalan-jalan tersebut. Selepas 10 minit aku sampai di rumah, aku hanya mampu mengucapkan terima kasih kepada si dia kerana berjaya menemuiku sebelum terjadi apa-apa pada diriku. Aku masuk bilik dan tertidur kepenatan tanpa dapat menceritakan kesedihan aku itu kepada rakan sebilik ku.
Pengajarannya :
-jangan sesekali berani sembarangan di tempat yang kita tidak biasa.
- jangan mudah terpedaya dengan orang sekeliling.
- jangan berfikiran negatif
- jangan buat keputusan terburu-buru.
*maaf la ayat saya skema sangat sebab tengah berlatih untuk jadi skema.
8:50pm
kekal tabah tu..
ReplyDeleteIn sha Allah. Allah tu adil kan. Lain orang lain jalan cerita hidup dia. 😊
Delete