Manusia dan topeng 😊😣😂😢😖

Bismillahirrahmanirrahim..
Alhamdulillah masih ada kesempatan nak mencoret dinding blog harini.

Dah lama aku tinggalkan blog ni sebab nak mencari diri nak menulis balik. Nak kasi ruang kat diri sendiri sebenarnya. Nak kata aku penat dengan manusia? Siapa tidak penat dengan manusia yang banyak ragamnya. Itu tak termasuk yang banyak topeng dan costume. Tapi, setiap kali diri ini mengeluh penat aku akan cuba pujuk diri, "kalau kau penat dengan manusia, kau ingat takde orang penat dengan kau?", "kau diuji dengan orang sekeliling macam ni, mesti ada salah atau dosa yang kau buat yang Allah nak kau terima sebagai kafarah dan cari hikmahnya. Buat apa nak mengeluh? Tak malukah?".
      Hakikatnya, memujuk diri itu mesti, supaya aku tak negative sangat dengan orang lain malah cuba tengok diri sendiri dulu sebab ada something yang Allah nak tunjukkan tu sebenarnya.

   Kawan-kawan ada cakap, " positifnya kau.. tabahnya..". Ma sha Allah kawan, hakikatnya aku ja yang tahu apa yang aku fikirkan. Aku sendiri takut bila berperang dengan diri sendiri ni. Aku takut aku buruk sangka dengan orang, nanti lagi banyak orang sangka buruk dengan aku.


  Ujian. Dah banyak aku cakap pasal ujian kan. Kenapa? Kerana hidup selagi bertitled muslim dan mukmin, ujian takkan pernah putus. Sebab ujian tu yang menguatkan kita. Yang mengangkat darjat keimanan seseorang itu.


   Manusia keliling kita ni, adalah watak yang memang akan muncul dalam diri kita secara langsung atau tidak. Macam-macam sangat. Tapi, merekalah kadang-kadang yang buat aku jatuh bangkit kembali. Tapi nak bangkit memang bukan mudah. Kena sabar dan tabah.
   Kadang-kadang rasa air mata ni macam bestfriend aku. Sampai aku berharap, air mata aku ni, semoga Allah pandang dia dan dia jadi saksi aku punya mujahadah dekat akhirat nanti. Aku percaya, ada banyak lagi manusia keliling aku yang menangis dalam senyap. Bertabahlah dan sabarlah kalian. ALLAH dengar doa-doa hamba-Nya. In sha Allah.

    Post kali ni, tak ada apa sangat aku nak mencoret. Lebih kepada isi hati sendiri. Tapi, aku ada benda nak share sikit ja. Harap masuk la kat hati pembaca ya. Kisahnya ada seorang hamba Allah ni, dia dizalimi. Dizalimi ke orang panggil? Ya la. Dia nak jadi baik tapi dalam masa yang sama ada manusia lain nak menjatuhkan dia dengan memalukan dia. Sehinggakan dia rasa adakah dia tidak boleh menjadi manusia yang baik. Lepas tu, ada la kawan-kawan dia menasihati dia. Dan selepas banyak berfikiran positif, Alhamdulillah akhirnya dia kata begini ja dekat aku,
 
       "Aku tahu Allah terima taubat aku. Aku tak sepatutnya mengalah pada dunia dan manusia. Biarlah manusia tak tahu apa aku buat janji aku yakin Allah pandang amal dan kebaikan yang aku cuba buat. Dan yang paling penting mujahadah aku yang sedang cuba sentiasa bersangka baik dengan Allah, manusia, alam dan dunia. Aku harap aku tak mudah untuk jatuh dan biarkan manusia bertepuk tangan dengan kekalahan aku. Aku taknak jatuh pada lubang yang sama buat kali kedua. Aku tak takut pada dunia yang mengancam aku sebab aku yakin, Allah berkuasa untuk membuatkan manusia-manusia ni tak berjaya menjatuhkan aku"
....
Ma sha Allah. Mujahadah dia... banyak yang kita boleh ambil pengajaran. Kita tak boleh banyak mengeluh bak kata orang jangan cepat melatah. Cuba check diri balik sebab mungkin ada salah kita yang Allah nak balas. Ingat, ujian tu untuk mengangkat darjat seseorang muslim! Walau kita dizalimi, walau doa orang dizalimi itu dimakbulkan, tapi ingat lah. Kalau kita dizalimi dan kita mendoakan yang tak baik dekat orang yang menzalimi kita tu, kita ni sama saja macam dia, zalim! Doakan yang sebaliknya kan lebih baik. Pembaca-pembaca yang disayangi, jom sama-sama doakan hamba Allah yang dalam kesusahan ni dan semua muslimin muslimat yang ditimpa ujian Allah. Semoga kebaikan kita suatu hari nanti menjadi saksi kita di hari kebangkitan 😊.



<sebarkan bahagia>

12:24AM

Comments

Popular posts from this blog

Rahmat dalam ujian

How to appreciate others

My idol