Rahmat dalam ujian

Selamat malam semua. Assalamualaikum.
Bismillahirrahmanirrahim..

Malam ni nak cakap pasal rahmat dalam ujian. Kehidupan ni hakikatnya adalah ujian buat makhluk-makhluk Allah yang diberi akal dan dijamin sebagai sebaik-baik ciptaan-Nya yakni kita, manusia. Dia menghantar Rasulullah Sollallahu 'Alaihi Wasallam untuk mengeluarkan manusia daripada kegelapan kepada cahaya terang benderang menuju Allah yang Maha Esa. Maha Suci Allah yang menciptakan sesuatu dengan sebab dan hikmah tertentu. Semua makhluk-Nya yang ada di langit dan di bumi ini bertasbih dan tunduk pada-Nya samada dalam keadaan sukarela atau terpaksa. Tidak akan sesat manusia yang berpegang pada tali agama Allah, menggenggam dan memandu hidup dengan Al-Quran dan Sunnah. Dunia ini tempat persinggahan sebelum kita sampai ke destinasi kita samada syurga atau neraka. Umat islam mesti bercita-cita untuk ke syurga dan mesti melepasi syarat-syarat untuk menghuni syurga.


Allah SWT memberi peringatan supaya kita tersedar dan beristighfar serta kembali ke jalan Allah. Itu tanda Allah amat menyayangi hamba-Nya kerana kita antara berjuta manusia yang dibiarkan oleh Allah untuk terus lalai dan sesat. Pepatah melayu berkata, 'sudah terhantuk barulah terngadah'. Ibarat manusia yang diuji ini, apabila mereka ditimpa sesuatu ujian, maka mereka akan sedar betapa lemahnya manusia berbanding Allah SWT yang Maha Berkuasa atas segala sesuatu.

Allah berfirman : " iaitu orang-orang yang apabila ditimpa musibah mereka mengucapkan 'sesungguhnya kami adalah milik Allah dan kepada-Nya lah kami kembali'. Mereka itulah yang mendapat keberkatan yang sempurns dan rahmat dari Tuhannya,dan mereka ialah orang-orang yang mendapat petunjuk". [Al-Baqarah :156-157]

Ujian yang datang daripada Allah dalam pelbagai bentuk untuk setiap hamba-Nya. Ada yang diuji dengan kemewahan, kemiskinan, kecantikan, masalah ukhuwah, masalah keluarga , pelajaran, dan sebagainya. Bahkan nikmat kehidupan dalam hidup kita ini juga adalah ujian yang Allah beri untuk menguji tahap kesyukuran dan kesederhanaan kita.


Allah menurunkan ujian kepada hamba-Nya bertujuan untuk membersihkan hati kita dan menentukan samada kita ini mukmin yang sejati atau munafik. Allah juga mengangkat darjat hamba-Nya yang banyak diuji serta menghapuskan dosa kita. Contoh terbesar yang kita boleh nampak adalah Rasulullah sendiri yang setiap detik diuji namun baginda sentiasa sabar, maka tidak dinafikan baginda adalah manusia yang paling disayangi Allah kerana semakin besar ujian seseorang manusia itu hadapi, semakin tinggi darjatnya diangkat. Ujian juga untuk menguji tahap kesabaran dan ketaatan kita kepada Allah. Di setiap penghujung sesuatu ujian atau musibah itu adalah rahmat. Kunci terbesar untuk mendapatkan rahmat tersebut adalah KESABARAN. Allah telah berfirman :

Dan sungguh akan Kami berikan cobaan kepada kalian, dengan sedikit ketakutan, kelaparan, kekurangan harta, jiwa dan buah-buahan. Dan berikanlah berita gembira kepada orang-orang yang sabar.” [Al-Baqarah:155]




untuk bersabar dalam satu-satu ujian yang hadir itu memang lah tidak mudah. Perlukan mujahadah yang kuat dan perlukan sokongan rohani yakni mendekatkan diri kepada Allah kerana rahmat yang bakal kita kecapi di penghujung sabar itu sangat lah manis. Ma sha Allah bahagianya seseorang yang hidup dalam rahmat Allah yang sangat luas. Kalau perit sangat nak menghadapi sesuatu ujian itu, ingat lah janji Allah yang akan membalas segala mujahadah kita di atas jalan-Nya ini. Teringat kata-kata Khalifah Umar bin Abdul Aziz : "tidak ada sesuatu nikmat yang dikurniakan Allah kepada seseorang, lalu diambil kembali nikmat tersebut sedangkan orang itu menerima takdir yang menimpa dirinya dengan sabar, melainkan Allah akan menggantikan yang lebih baik bagi dirinya".




Setiap daripada kita mestilah bersyukur dengan ujian yang Allah beri kerana itu adalah tanda Allah masih memberi peluang kepada kita untuk mencari-Nya. Manusia perlu redho dengan ketentuan takdir yang Allah telah tetapkan ke atas mereka. Tidak layak seorang manusia mempersoalkan kenapa dan kenapa saat diuji Allah kerana kita hanya lah hamba-Nya bahkan, Allah telah banyak memberi nikmat kepada kita. Cuba bayangkan apabila bangun pagi namun tidak dapat bernafas? Betapa banyak dosa dan maksiat yang kita lakukan tetapi Allah masih memberi kita nikmat untuk bernafas. Bersyukurlah kerana kita miskin. Miskin segalanya. Semua yang ada pada diri kita adalah pinjaman daripada Allah dan janganlah kita menggunakannya untuk perkara-perkara munkar. Jangan sesekali kita berputus asa mencari rahmat Allah kerana itu adalah tanda bahawa kita gagal dalam ujian yang Allah beri. Kerana apa manusia gagal? Cuba perbaiki hubungan diri dengan Allah. Allah berfirman : 

"... dan janganlah kamu berputus asa dari rahmat Allah, hanya lah orang-orang yang kafir." [Yusuf : 87]



*sejauh mana pun kita tersasar dalam hidup ini, ingat lah bahawa Allah itu Maha Pengampun lagi Maha Pemurah. Dan jangan pernah lupa bahawa RAHMAT Allah itu sangat luas dan sebelum mendapatkan rahmat itu, kita akan menghadapi UJIAN dan mestilah diiringi dengan SABAR. 



10:37PM

Comments

Popular posts from this blog

How to appreciate others

My idol