semangat baru hidup baru
ok, tipulah kalau kata aku ni manusia yang tak reti move on. even sebelum ni pun boleh move on, kenapa sekarang tak kan. sejak seminggu lalu, aku banyak sangat diuji dan ditarik oleh ALLH SWT dari belenggu hati, lubang hitam, jalan salah dan sebagainya lah. Alhamdulillah lain manusia, lain ujiannya. Allah tahu apa yang terbaik untuk kita. dan aku tahu, masih ramai di luar sana yang Alah uji mereka lebih berat dari aku. jadi aku kena bersyukur dan ambil pengajaran dari apa yang berlaku, dan paling penting, fix myself and be better than my past. aku hanya mampu doakan kawan-kawan di luar sana kuat, sabar dan semoga Allah permudahkan urusan kalian. tipulah kalau cakap tak dibelenggu dengan kekesalan dengan dosa dan silap yang lalu. mesti lah rasa, tapi sampai bila nak berada di takuk yang lama. move on arh. do your best to treat peoples around you with kindness and love.
dalam seminggu ni, banyak kata-kata, nasihat, ayat Al-Quran dan hadiah senyuman serta sokongan yang aku terima. betapa Allah tu sayang sangat dekat hamba-Nya, Dia tarik orang yang aku sayang sikit sahaja berbanding orang-orang yang Dia gantikan, sangat banyak untuk sentiasa membantu aku untuk ingat akan-Nya. sebenarnya, Allah bukan tarik orang-orang yang aku sayang ini buat selamanya. Dia tarik sebentar sahaja supaya aku lupakan manusia dan memikirkan Dia saja. dan aku yakin, Allah akan pulangkan mereka suatu hari nanti dan aku dah dapat rasa sedikit demi sedikit Dia pulangkan mereka. walaupun aku jatuh kali ini, aku bersyukur sangat sebab orang keliling aku sentiasa hulurkan tangan untuk membimbing aku jalan terus di atas jalan Allah ini. sungguh aku tak sangka betapa selama ini, aku sibuk dengan dunia sehingga aku lupa Allah sentiasa cemburu dengan masa aku itu. rahmat Allah itu luas kawan-kawan. kita kena sentiasa bersangka baik dengan Allah kerana Dia tahu apa yang terbaik untuk kita. kita ni hamba biasa saja ,hina sangat nak dibandingkan dengan sahabat-sahabat nabi, apatah lagi nabi yang meletakkan hidup mereka untuk Allah semata-mata.
aku nak ucapkan terima kasih sangat pada kawan-kawan yang sudi bantu aku, sudi bersama aku, sudi pimpin tangan aku untuk bangkit ni. aku hargai sangat dan hanya Allah saja yang mampu balas kebaikan korang. pengajaran yang aku dapat banyak. antaranya, kau kena letak hati kau betul-betul pada Allah. sentiasa sabar dan berdoa. Allah beri PETIR dan GURUH sebentar sahaja sebelum Dia menggantikan dengan PELANGI yang cantik, percayalah. kunci dia, SABAR dan DOA. memang rasa lain sangat bila dah belajar mencintai Allah lebih dari segalanya ni. aku sedang cuba belajar bersangka baik, sejukkan hati dengan zikir. ada juga sahabat-sahabat yang bagi cadangan tengok video-video agama yang boleh sentuh hati. ada yang suruh baca entry tentang islam dan macam-macam lagi. memang terapi hati la semua tu. semoga kita yang sedang cuba untuk istiqamah ini dipermudahkan ya sebab sahabat saya ada kata, "move on bukanlah sesuatu yang mudah tapi ia juga bukan suatu yang mustahil. cuma perlukan masa untuk bina kekuatan diri".
betullah proses membentuk diri itu bukan lah mudah. banyak godaan syaitan dan kata-kata jahat hadir dalam diri yang boleh buat kita toleh belakang tapi nama pun proses. ada cara untuk lancarkan dan mudahkan. jadi, guna lah cara yang betul. semoga di masa hadapan, kita pula yang mampu menjadi contoh kepada orang lain, in sha Allah. bersihkan hati dulu, lepas tu, didik hati dengan perkara baik, kemudian cuba istiqamah. in sha Allah kheir. sama-sama kita betulkan niat balik. supaya kita boleh masuk syurga sama-sama, in sha Allah.
jadi, lepas ni, korang takkan nampak arij yang dulu. mungkin selepas ni, yang ada hanya junainah. dan in sha Allah sama-sama kita doakan diri kita bersama menjadi lebih baik dari hari ke hari. ok, jangan kecam saya sebab saya pon nak belajar macam kalian. Assalamualaikum..
Comments
Post a Comment