Hidup kita untuk akhirat nanti !!
Assalamualaikum. Hari ni nak cerita pasal satu nasihat yang pernah kakak senior saya beri pada suatu masa lalu. "Hidup kita ni, sekarang, tujuan nya, untuk akhirat nanti. Pilihlah jalan yang betul supaya di akhirat nanti bahagia yang kita dapat. Jangan menyalahkan takdir. Bersyukurlah itu takdir kita kerana kita tidak tahu perancangan Allah tapi kita sentiasa diberi pilihan untuk ke syurga atau neraka". Ayat dia biasa saja, tapi kalau kita renungkan, ulang baca berkali-kali, maksud nya,boleh mengubah diri kita dari kiri ke kanan. Korang pernah tak rasa perasaan menangisi dosa? Pernah tak bila istighfar, betul-betul rasa di hati? Pernah tak rasa futur (baca:down) dan datang bantuan dari Allah untuk bangkit? Manusia mana yang tidak punya dosa? Fikirlah.
Apa tujuan kita hidup? 'Nak capai redho Allah'. Memang nampak cliche. Tapi, maksud di sebalik ayat itu,ganjaran di sebaliknya, adalah sesuatu yang dikehendaki oleh majoriti umat mukmin. Dan siapa yang tidak punya hadaf seperti ini, betulkan lah balik niat kalian hidup atas muka bumi ini. Allah Maha Pengampun lagi Maha Penyayang.
Manusia,jika diberi jawatan, terkadang ujub dan takbur. Jika berbuat baik, terkadang riak dan sombong. Jika hebat, sombong. Malu la kita pada Allah. Itu semua kepunyaan Dia. Hanya dipinjamkan sementara sahaja. Sedangkan itu semua adalah ujian buat diri kita. Tapi, Allah tidak zalim. Dia sering beri peluang kepada kita untuk memilih Dia tetapi kita pilih siapa? Dunia!! Dunia yang fana. Dunia yang akan binasa. Kemewahan dunia yang mengaburi kita. Aku juga pernah rasa diuji dengan kenikmatan dunia sebegitu. Tapi ketika itu, hati aku kosong. Aku tidak punya kebahagiaan. Aku seperti manusia dua perwatakan. Aku seperti zombie menyembah dunia. Kita memang tidak dapat mengubah sejarah kita tapi kita masih punya pilihan nak menentukan masa depan kita. Ingat, Allah tak zalim.
Kawan-kawan, kalau kita ada banyak harta, bersedekahlah. Kalau kita ada banyak waktu, beribadatlah. Kalau kita ada banyak masalah, berdoalah. Kalau kita ada banyak dosa, bertaubatlah. Jangan lupa azab Allah😊

Comments
Post a Comment