my sister and her life

aku ada sorang adik nama Asywaq Safiyyah. umur dia sekarang dah 17 tahun. dia ni adik yang bawah aku which dia anak ke-4 dalam family. dia adik yang dulu,,, aku perasan dia ni tak berapa minat belajar. she loves drawing. dia suka conteng komik2 aku pastu buat lukisan then taknak ngaku salah. lukisan dia cantik, why? sebab aku pernah tengok la. dia ni kuat berangan la juga masa kecik2 plus kuat cari gaduh ngan aku. tapi tu zaman kanak2 dulu la.

   masa aku nak pergi jordan dulu, dia umur tingkatan 3 and masa tu, dia just seorang budak comot yang gila kpop and budak lepasan PMR, biasalah~ haha... but, masa aku kat jordan, umi bagitau Acuaq masuk vokasional. even sebelum tu aku tahu dah plan umi tapi taktau pula umi serius nak bagi dia masuk sekolah which is bukan sekolah agama. masa dia tingkatan 1,2 &3, dia sekolah agama, Maktab Mahmud Sik. and, umi cakap umi tengok Acuaq tak minat something yang bidang academic.. so, bila dia masuk sekolah vokasional, aku tak kisah just aku harap adik aku dapat capai impian dia and dia berjaya macam orang lain. dulu, dia pernah merungut dekat aku macam ni, " kak Arij takpalah pandai, tak macam Asywaq. umi ayah tak sayang Asywaq sebab Asywaq bodoh".. but, bagi aku, dia la adik aku yang bagi aku paling special nak dibandingkan dengan diorang berlima. sebab semua adik beradik bercita-cita ke arah bidang yang common, tapi dia tak. dia minat benda kemahiran yang susah umi ayah nak terima. dulu, aku pun minta kemahiran, tapi umi ayah pujuk menjurus ke arah akademik juga. and im here..

... sekarang, dia dah besar. dia dah semakin tinggi dari aku, huaa. dia semakin gojes and dia semakin matang. kena pulak sekarang anak ayah macam dah modern sikit. Acuaq dapat phone masa dia umur 17 kot. kitorang dulu, kalau tak kerana beli sendiri, agaknya senasib ngan kaklong kut. lepas SPM baru merasa keypad phone. tapi semua tu tak penting. zaman dah berubah dunia dulu dan sekarang tidak sama. aku yakin, umi ayah buat macam tu sebab diorang nak anak2 diorang tak terasa dikongkong dan tak rasa out-dated bila tengok kawan2 sekolah. sebab umi selalu cakap, umi akan cuba bagi apa anak2 nak tapi berdasarkan kesesuaian. ya, and umi percaya Acuaq akan gunakan benda alah tu sebaiknya. yeah, we hope it will be like that, in sha Allah.


tengok tu impian dia nak jadi fashion designer



jeles aku dengan Acuaq ni

apa yang aku nak cerita pasal adik aku ni, sebenarnya, dalam diam, aku dah terinspirasi sikit daripada kesungguhan dia and perubahan dia. dia dah pandai sekarang, nasihat kakak dia ni. dulu aku yang diminta nasihat dia. its ok sis, saling tegur menegur itu amalan mulia. i accept it. dia juga dah boleh cerita sikit2 pasal life dia even takda la banyak sangat dia cerita tapi aku dah dapat approval dari dia untuk jadi bestfriend dia. dia kata aku gedikss.. sis, i gedik dengan u ja. kalau dengan orang lain, hang marah pula. part paling best dia tanya aku bila nak kahwin. haa,, aku baru 20 tahun la. degree pun tak habis lagi. tapi takpa. doakan kakak hang ni kuat iman dulu, ada jodoh, kahwin lah dia(kaklong dulu kot).. sepanjang dia duduk dekat vokasional tu pun, dia jadi contoh kepada kawan2 dia yang dulu bukan sekolah agama sebab dia ada basic agama. Alhamdulillah dia pun masih belajar untuk jadi anak solehah. banyak jugak benda yang dia dah capai dalam hidup dia dan banyak lagi yang masih belum dicapai, kak Arij sentiasa doakan Acuaq, in sha Allah. aku jahit baju terkoyak boleh la.. nak jahit baju kurung macam dia memang tak la.. harapnya lepas ni, takyah la umi ambil upah jahit baju raya dah, beli mesin jahit ja untuk Acuaq ni. semoga dapat jadi fashion designer yang mengikut syariat dan berjaya. tahniah my sis..

apa-apa pun Acuaq, kami , your family, will not abandon you. so, keep it up. umi ayah tu sayang semua anak diorang. cuma, lain anak, lain ujian nya. tapi umi ayah dah cuba yang terbaik untuk anak2  nya.. kita just buktikan akhlak kita, kejayaan kita and kasih sayang kita. tu ja.. umiii ayahh, anak umi ni dah besar.. 

Comments

Popular posts from this blog

Rahmat dalam ujian

How to appreciate others

My idol