balik malaysia ke tak?

sebelum ni, aku selalu kata aku tak balik selama 4 tahun belajar di bumi Syam ni. aku akan cakap cakap, in sha Allah balik time nak graduate nanti. tup2, tahun ni, aku akan balik . tiga bulan pulak tu !

...................

sedih ja selalunya bila cakap tak balik ni. bukan taknak balik. banyak benda kena pertimbangkan kalau nak balik pun. dan, dijadikan cerita , tahun ni aku balik (dah beli tiket dah pun). sebab awalnya aku ada masalah bank yang kena selesaikan cepat kalau tak, aku takde akaun bank nak guna kat sini. dan, masalah semakin rumit bila pihak bank cakap, aku kena balik! itu sahaja penyelesaiannya untuk tukar kad ATM baru. memikirkan baki 2 tahun kat sini takde kad ATM, maka balik la aku..

situasi dengan seorang adik ni,,,,


adik : "akak, cakap tahun ni tak balik? kenapa tetiba beli tiket,dah tu,tak bagitahu pulak tu "

aku : "takdir~~ nak buat macam mana. manusia hanya merancang, sebaik- baik perancang itu adalah ALLAH dik.. "

adik : "erm, takpelah. balik lah. tinggallah saya sendirian dekat padang pasir ni.. "

aku : "setiap yang berlaku tu, ada hikmahnya dik.. mungkin akak balik ni sebab kali terakhir akak akan menjejakkan kaki ke Malaysia ka.. haa, sapa tahu?"

adik : "jangan la cakap macam tu.. in sha Allah kalau akak nak apa-apa, cakap ja.. kita tolong akak.. janji balik sini dengan selamat eh?"

aku :"sepatutnya akak la cakap nak apa-apa bagitau, sebab akak is the one who will be at Malaysia nanti :p .. in sha Allah ada jodoh, kita pasti berjumpa ya sayangg.. "


.............

rasa segan sangat dengan adik ni. dia tahan diri dia untuk balik sebab nak ambil soifi (shortsem). sayang sangat eh awak. takpa, kita balik nanti belikan hadiah untuk awak eh. kita nak balik jumpa family juga ni. 



*cerita ni aku tulis balik sebab tetiba rindu kat adik sorang ni. plus, aku nak cakap, perancangan Allah itu kan lebih baik. even hati tak bersedia nak balik nak hadap soalan-soalan orang kampung, ye lah, ilmu tak banyak.. tapi in sha Allah kullu kheir..


Comments

Popular posts from this blog

Rahmat dalam ujian

How to appreciate others

My idol