Posts

Showing posts from 2018

ummi ayah, i miss you 😢

Bismillahirrahmanirrahim.. Lately ni aku selalu dengar radio ikim secara online. Sebenarnya memang selalu radio ikim la peneman aku hari-hari. Petang tadi aku dengar dj erwan bersama ikhwan fatanna(penyanyi lagu bismillah tu) . Aku terkesan dengan pesanan penyanyi tu, dia kata basmalah ni memang perkataan yang semua orang tahu betapa besar maknanya dan besar nya kesan jika kita  mulakan setiap perkara dengan basmalah tapi dia nak buat lagu tu sebab nak semua orang kembali sedar akan kesan mengamalkan basmalah setiap kali melakukan sesuatu perkara. Perkara baik je la. Jangan la nak mengumpat pun bismillah dulu. K gurau ja ya. Bukan pasal bismillah yang aku nak cakap harini. Tapi pasal penyakit homesick. Hehe Ok, bila duduk jauh dari keluarga ni, benda terbesar yang hang akan hadapi adalah ‘rindu’. Rindu siapa? Sesiapa ja la yang hang sayang. Tapi, paling rindu mestilah dua insan iaitu mak ayah kita kan. Tadi, Ana(kawan thailand) datang bilik sebab dah lama kami tak sembang s...

Bersyukur dan bersabarlah

Teman, Jika kau merasa kau sendiri, ingatlah bahawa Dia sentiasa ada untuk kau. Jika kau merasa kau tidak kuat, mintalah pada-Nya untuk mudahkan urusan kau. Jika kau takut, mintalah perlindungan daripada-Nya. Teman, Berubahlah untuk dirimu. Bukan kerana manusia. Tapi kerana Allah sentiasa menyayangimu. Aku tak janji istiqomah itu mudah. Aku tak janji berubah itu mudah. Aku tak janji tidak akan ada air mata. Aku tak janji tidak akan ada pengorbanan. Aku tak janji tidak akan ada cemuhan dan kejian. Tapi aku janji yang aku akan sentiasa menyokongmu. Aku janji aku akan sentiasa mendoakanmu. Aku janji kau akan bahagia selepas perubahanmu. Kerana aku yakin Allah akan membantumu. Teman, Walaupun mereka memandang serong terhadapmu, Biarpun mereka menjauhimu dan mengaibkan dirimu, Sungguhpun dirimu sentiasa sedih dan sendiri, Ingatlah! Ingatlah bahawa penghijrahanmu adalah untuk Tuhanmu, Yang berjanji akan mengangkat darjatmu dan mengampunkan dir...