Bersyukur dan bersabarlah
Teman,
Jika kau merasa kau sendiri, ingatlah bahawa Dia sentiasa ada untuk kau.
Jika kau merasa kau tidak kuat, mintalah pada-Nya untuk mudahkan urusan kau.
Jika kau takut, mintalah perlindungan daripada-Nya.
Teman,
Berubahlah untuk dirimu.
Bukan kerana manusia.
Tapi kerana Allah sentiasa menyayangimu.
Aku tak janji istiqomah itu mudah.
Aku tak janji berubah itu mudah.
Aku tak janji tidak akan ada air mata.
Aku tak janji tidak akan ada pengorbanan.
Aku tak janji tidak akan ada cemuhan dan kejian.
Tapi aku janji yang aku akan sentiasa menyokongmu.
Aku janji aku akan sentiasa mendoakanmu.
Aku janji kau akan bahagia selepas perubahanmu.
Kerana aku yakin Allah akan membantumu.
Teman,
Walaupun mereka memandang serong terhadapmu,
Biarpun mereka menjauhimu dan mengaibkan dirimu,
Sungguhpun dirimu sentiasa sedih dan sendiri,
Ingatlah!
Ingatlah bahawa penghijrahanmu adalah untuk Tuhanmu,
Yang berjanji akan mengangkat darjatmu dan mengampunkan dirimu,
Yang sentiasa memberi peluang kepada dirimu,
Yang memegang hati mereka yang menjauhimu.
Allah takkan sesekali tinggalkan hamba-Nya melainkan sebaliknya.
Penghijrahanmu bukan sia-sia.
Dunia ini semakin tenat.
Umurmu semakin singkat.
Akhirat makin dekat.
Berubahlah dan istiqomahlah di atas jalan Allah.
Kelak dirimu berasa bahagia.
Kau akan berperang dengan dirimu sendiri,
Kau akan seringkali terfikir untuk kembali,
Kau akan dijauhi dan diejek oleh mereka,
Kau akan buat silap,
Namun,
Jangan lupa pandang sekeliling sekali lagi,
Lihatlah siapa yang memimpin tanganmu,
Lihatlan apa yang Allah beri pada dirimu,
Lihatlah di mana kau berdiri dan pujuk hati.
Teman,
Bila kau dah menjadi diri yang baru,
Kau akan tersenyum bahagia,
Kau akan dibanjiri sahabat yang baik,
Kau akan dihargai dan disayangi,
Kau akan sentiasa merendah diri,
Kau akan belajar sesuatu yang bermakna.
-Teman yang sentiasa ada dengan dirimu-
*kita sebagai manusia, dilahirkan mempunyai fitrah di dalam diri “sense of justice and kindness”. Tak mustahil untuk seorang yang jahat itu untuk menjadi baik dan sebaliknya. Kenapa kita mahu kawan kita menjadi baik dan berubah tetapi kita tidak sama-sama berdiri dan memimpin tangannya?
Mengapa kita menjauhinya dan membencinya dan terus melupakan semua kebaikannya dan lupa bahawa dia juga manusia seperti kita? Adakah kita membenci dirinya atau dosa yang dilakukannya?
Jika Allah boleh beri peluang kepadanya kenapa tidak kita? Siapakah kita untuk menghakimi dirinya sedangkan kita tidak tahu apa yang dia lalui?
Semua orang tahu bahawa menjadi baik itu bukan mudah tapi memerlukan juhud melawan diri dan nafsu. Semua manusia tidak akan lari daripada melakukan kesilapan. Jika bukan kerana Allah sentiasa memelihara aib kita, kita juga sama seperti teman yang Allah tunjukkan aibnya. Bahkan, kita patut merasa lebih bersyukur kerana Allah membantu kita dengan mengingatkan kita bahawa Dia sentiasa menjaga aib kita.
Comments
Post a Comment