Posts

Showing posts from February, 2018

Bersyukur dan bersabarlah

Teman, Jika kau merasa kau sendiri, ingatlah bahawa Dia sentiasa ada untuk kau. Jika kau merasa kau tidak kuat, mintalah pada-Nya untuk mudahkan urusan kau. Jika kau takut, mintalah perlindungan daripada-Nya. Teman, Berubahlah untuk dirimu. Bukan kerana manusia. Tapi kerana Allah sentiasa menyayangimu. Aku tak janji istiqomah itu mudah. Aku tak janji berubah itu mudah. Aku tak janji tidak akan ada air mata. Aku tak janji tidak akan ada pengorbanan. Aku tak janji tidak akan ada cemuhan dan kejian. Tapi aku janji yang aku akan sentiasa menyokongmu. Aku janji aku akan sentiasa mendoakanmu. Aku janji kau akan bahagia selepas perubahanmu. Kerana aku yakin Allah akan membantumu. Teman, Walaupun mereka memandang serong terhadapmu, Biarpun mereka menjauhimu dan mengaibkan dirimu, Sungguhpun dirimu sentiasa sedih dan sendiri, Ingatlah! Ingatlah bahawa penghijrahanmu adalah untuk Tuhanmu, Yang berjanji akan mengangkat darjatmu dan mengampunkan dir...