Bulatan gembira kami
Bismillahirrahmanirrahim.
Aku ada 5 orang sahabat yang kami selalu berjumpa setiap bulan dan berkasih kerana Allah nak capai redho Allah. Kami berbeza umur tapi kami punya hati yang bersatu bawah nama UKHUWAH. Bulatan gembira yang dulu mula-mula berkenalan, sangat kekok dan hambar. Lama-lama rasa sayang tu bercambah dan rindu menjalar sepanjang hari.
Adik-adik ni sebenarnya nak cari tarbiyah macam mana aku juga dahagakan tarbiyah. Diorang ni la yang menyebabkan aku banyak muhasabah diri dan banyak membaca. Sebab diorang ni hebat sangat .Diorang nak aku beri mutiara pada diorang tapi aku tak mampu kalau aku tak cari dulu mutiara-mutiara itu. Aku selalu pesan supaya kita kena saling memberi mutiara supaya tidak ada yang terpinggir. Buat macam ni dapat bantu kita mengislahkan (baca:memperbaiki) diri kita.
Proses Taaruf tidak akan pernah berhenti. Setiap kali aku buat usrah, setiap kali tu la aku akan tanya bilangan adik-beradik dan maklumat lain. Sebab kami masih dalam proses mengenali ahli usrah dalam masa yang sama saling memberi manfaat dengan harapan manfaat tersebut akan tersebar kepada orang lain. Setiap kali usrah, aku cuba untuk memberi sinar kebahagiaan,tunjukkan muka ceria, eksaited, dan rasa rindu yang macam dah bertahun tak jumpa. Sebab aku nak diorang rasa benda yang sama.
Dari hari ke hari, kami dapat tahu dalam usrah kami ni ada yang perangai itu ini. Dan aku nampak perubahan yang baik dekat diorang. Dari yang tak boleh bercakap dah boleh mula memberi pendapat walaupun susah sangat nak mengeluarkan kata-kata tu. Dari yang berahsia dah cuba untuk berkongsi rasa. Dari yang selalu panik dah mula berfikir sebelum bertindak. Dari yang minat berkongsi semakin kerap berkongsi manfaat. Alhamdulillah kami sentiasa boleh berjumpa walaupun masing-masing sibuk. Aku cuba untuk menyayangi semua ahli usrahku dan cuba untuk menjadi contoh dekat diorang walaupun aku tahu diriku ini sangat kerdil untuk dijadikan qudwah (baca:teladan).
Adik-adik ni selalu sangat menyanjungi aku dan amirah. Memang kami mengaku, kami rasa kerdil sangat. Malu untuk mengaku diri ini naqibah usrah. Tapi melalui usrah ni, banyak yang aku belajar daripada erti usrah ini. Usrah tidak bermakna kita perlu duduk dalam bulatan dan berbincang sesuatu topik tapi cukuplah sekadar terserempak dan berkongsi manfaat. Tapi, bulatan kami, rasa tidak lengkap jika tidak cukup enam orang. Mesti rasa untuk buat lagi supaya cukup semua. Alhamdulillah adik-adik ni sangat sukakan tarbiyah usrah dan diorang ni selalu tanya dekat kami, bila next usrah huhu. Kadang,kami pula yang segan dengan diorang ni.
*hati yang gelisah,bila dapat jumpa adik-adik ni , tenang ja rasa. Seronok berkongsi tarbiyah ni😊
8:11pm

Comments
Post a Comment