ummi ayah, i miss you 😢
Bismillahirrahmanirrahim..
Lately ni aku selalu dengar radio ikim secara online. Sebenarnya memang selalu radio ikim la peneman aku hari-hari. Petang tadi aku dengar dj erwan bersama ikhwan fatanna(penyanyi lagu bismillah tu) . Aku terkesan dengan pesanan penyanyi tu, dia kata basmalah ni memang perkataan yang semua orang tahu betapa besar maknanya dan besar nya kesan jika kita mulakan setiap perkara dengan basmalah tapi dia nak buat lagu tu sebab nak semua orang kembali sedar akan kesan mengamalkan basmalah setiap kali melakukan sesuatu perkara. Perkara baik je la. Jangan la nak mengumpat pun bismillah dulu. K gurau ja ya. Bukan pasal bismillah yang aku nak cakap harini. Tapi pasal penyakit homesick. Hehe
Ok, bila duduk jauh dari keluarga ni, benda terbesar yang hang akan hadapi adalah ‘rindu’. Rindu siapa? Sesiapa ja la yang hang sayang. Tapi, paling rindu mestilah dua insan iaitu mak ayah kita kan. Tadi, Ana(kawan thailand) datang bilik sebab dah lama kami tak sembang sesama. Lepas tu dia nampak aku buka planner aku, “ish Arij ni. Cuba jangan tengok benda ni(kalendar counting days) hari2”. Haha. Aku cakap la, “ sebab saya perlukan ini sebagai sumber semangat nak belajar, nak sabar, nak bertahan di sini”. Dan dia membebel dengan panjang lebarnya sampai la aku ubah topik. Sebenarnya Ana nak aku senyum dan taknak tengok aku monyok hari-hari menangis nak balik Malaysia. Haha. Padahal dalam tu aku nak tulis macam-macam dan nak update jadual harian aku. Tapi memang betul pun, hari-hari aku buka page counting days tu tapi Alhamdulillah dah lepas sebulan, sejak Ana mula nampak aku belek benda alah tu.
Bila hang duduk jauh ni, memang macam ni la. Sebab tu kena sibukkan diri dengan benda lain. Tapi sebab aku duduk seorang diri, aku takdak aktiviti dekat luar, aku takdak benda lain yang menyibukkan aku melainkan rutin harian aku yang biasa(pergi kelas balik kelas,tidur,solat bla bla bla...). Makanya,mau tak meroyan sebab homesick. Dan aku sengaja taknak call Malaysia sebab aku takut ummi susah hati dan asyik dengar aku menangis dalam telefon. Benda yang paling aku nak sekarang adalah ummi ayah aku. Lepas tu, aku nak adik-adik aku. Lepas tu, aku nak makanan Malaysia. Banyak cekadak betul aku ni kan. Tapi percaya la, homesick aku ni parah tak parah, sampai tahap, setiap kali sebelum aku tidur, aku akan bayangkan suasana aku sampai di airport KLIA nanti. Macam mana aku kat rumah selepas graduate nanti. Apa perbualan aku dengan ummi ayah. Rupanya, aku masih di sini. Mengira hari dan menghadapi peperiksaan yang tak pernah habis.
Dan ummi ada cakap, kalau nak study tapi tak semangat, bayangkan ini perjuangan terakhir. Lepas ni tak dapat dah rasa suasana study macam ni. Lepas ni takdak dah semua madah-madah(subject) ni. Go on dan tup tup tanpa sedar arij akan sampai Malaysia. Ya, dan itulah yang aku buat hari-hari. Kata-kata seorang mak ni, tak pernah tak terkesan di hati kan. Alaa, keliling aku ramai ja yang homesick hatta kawan aku kat Malaysia pun homesick walaupun dekat. Biasalah tu. cuma pesan aku satu ja, selagi mak ayah kita masih hidup ni, berbaktilah sehabis mungkin. Bercakap lah yang baik-baik dengan depa. Jadi anak yang baik. Sebab kita taktau waktu bila Allah nak ambil depa daripada kita dan kita taktau sampai bila ja kita dapat tatap wajah depa. Kalau hampa dekat dan takdak kekangan, balik lah. Kalau yang jauh, cuba la apa cara pun untuk sentiasa keep in touch ngan depa. Hakikatnya,depa pun rindu kat anak-anak.
Pokoknya, kat sini aku nak cakap pasal seorang ibu ni, besar sangat pengorbanan dia. Ada orang, mak dia tak terima diri dia atas sebab-sebab tertentu. Ada orang, mak dia dah pergi dulu. Ada orang, dia tak pernah kenal siapa mak dia. Ada orang, dia terpisah dengan mak dia. Tapi, kita? Bersyukurlah kalau kita masih ada dua insan ini. Hayatilah makna kehidupan kita di samping adanya depa ni di sisi. Minta doa depa hari-hari walaupun tanpa kita minta, depa sentiasa mendoakan. Mungkin yang membaca ni ada yang dia baru lepas gaduh dengan mak dia, atau baru lepas tinggikan suara, atau baru lepas kecewakan mak dia, atau baru lepas kehilangan mak dia. Ingat, tanpa redho depa dua ni, macam mana kita nak capai matlamat kita yang sebenar-benar (redho Allah)? . Hidup seorang anak tu takkan selamat tanpa redho mak ayah dia. Takkan berjaya tanpa doa daripada mak ayah. Di mana pun kita berada dan setinggi mana pun darjat kita sekarang, jangan lupa siapa yang kita duk panggil “mak” dan “ayah” ni. Jangan lupa macam mana susahnya depa bela didik bimbing kita sejak kecil. Ok lah, dah banjir. Hampa ambil la iktibar. Fikir dalam-dalam. Pi telefon mak ayah sekarang. Doakan mereka.
Sekian dari saya yang sedang merindui ummi ayah saya sangat-sangat.
Doakan saya untuk sem-sem yang berbaki ni.
Doakan saya yang lusa ada exam tapi malam ni gatai duk menulis lagi.
Assalamualaikum.
rindu balik la cepat2
ReplyDeletenak balik tapi kena tunggu la sekejap lagi.. ni siapa ??haha
Delete