Posts

a new comeback of me

Image
Lamanya rasa tak update blog ni. Btw, im back to Malaysia. Aku dah balik Malaysia since bulan august tahun lepas. Sekarang aku dah bekerja dan still berjauhan daripada family. Life is tough, kan? Life is tought or not , its depend on how you live your life. Aku selalu dengar sorang kawan office aku ni, setiap pagi buka lagu ‘live like a warrior’ - matisyahu. Bila dia pasang, aku selalu terfikir kenapa dia dengar lagu tu setiap kali dia prepare nak buat kerja. Sebab dia nak ambil positive vibes untuk start a new day. Thats how subuh prayer works for us - A starter for a new day. Aku bersyukur lepas balik dari Jordan haritu terus got an opportunity untuk interview under one of IT company and hired within 5 months dan juga aku dapat lesen memandu dalam tempoh yang sama. Lepastu aku pindah duduk KL and till now aku di kuala lumpur, everydays im working and living my life like a normal youngster. Eventhough it is hard to adapt with adult thinkings and ways of life. Hari-hari belajar...

ummi ayah, i miss you 😢

Bismillahirrahmanirrahim.. Lately ni aku selalu dengar radio ikim secara online. Sebenarnya memang selalu radio ikim la peneman aku hari-hari. Petang tadi aku dengar dj erwan bersama ikhwan fatanna(penyanyi lagu bismillah tu) . Aku terkesan dengan pesanan penyanyi tu, dia kata basmalah ni memang perkataan yang semua orang tahu betapa besar maknanya dan besar nya kesan jika kita  mulakan setiap perkara dengan basmalah tapi dia nak buat lagu tu sebab nak semua orang kembali sedar akan kesan mengamalkan basmalah setiap kali melakukan sesuatu perkara. Perkara baik je la. Jangan la nak mengumpat pun bismillah dulu. K gurau ja ya. Bukan pasal bismillah yang aku nak cakap harini. Tapi pasal penyakit homesick. Hehe Ok, bila duduk jauh dari keluarga ni, benda terbesar yang hang akan hadapi adalah ‘rindu’. Rindu siapa? Sesiapa ja la yang hang sayang. Tapi, paling rindu mestilah dua insan iaitu mak ayah kita kan. Tadi, Ana(kawan thailand) datang bilik sebab dah lama kami tak sembang s...

Bersyukur dan bersabarlah

Teman, Jika kau merasa kau sendiri, ingatlah bahawa Dia sentiasa ada untuk kau. Jika kau merasa kau tidak kuat, mintalah pada-Nya untuk mudahkan urusan kau. Jika kau takut, mintalah perlindungan daripada-Nya. Teman, Berubahlah untuk dirimu. Bukan kerana manusia. Tapi kerana Allah sentiasa menyayangimu. Aku tak janji istiqomah itu mudah. Aku tak janji berubah itu mudah. Aku tak janji tidak akan ada air mata. Aku tak janji tidak akan ada pengorbanan. Aku tak janji tidak akan ada cemuhan dan kejian. Tapi aku janji yang aku akan sentiasa menyokongmu. Aku janji aku akan sentiasa mendoakanmu. Aku janji kau akan bahagia selepas perubahanmu. Kerana aku yakin Allah akan membantumu. Teman, Walaupun mereka memandang serong terhadapmu, Biarpun mereka menjauhimu dan mengaibkan dirimu, Sungguhpun dirimu sentiasa sedih dan sendiri, Ingatlah! Ingatlah bahawa penghijrahanmu adalah untuk Tuhanmu, Yang berjanji akan mengangkat darjatmu dan mengampunkan dir...

Manusia dan topeng 😊😣😂😢😖

Image
Bismillahirrahmanirrahim.. Alhamdulillah masih ada kesempatan nak mencoret dinding blog harini. Dah lama aku tinggalkan blog ni sebab nak mencari diri nak menulis balik. Nak kasi ruang kat diri sendiri sebenarnya. Nak kata aku penat dengan manusia? Siapa tidak penat dengan manusia yang banyak ragamnya. Itu tak termasuk yang banyak topeng dan costume. Tapi, setiap kali diri ini mengeluh penat aku akan cuba pujuk diri, "kalau kau penat dengan manusia, kau ingat takde orang penat dengan kau?", "kau diuji dengan orang sekeliling macam ni, mesti ada salah atau dosa yang kau buat yang Allah nak kau terima sebagai kafarah dan cari hikmahnya. Buat apa nak mengeluh? Tak malukah?".       Hakikatnya, memujuk diri itu mesti, supaya aku tak negative sangat dengan orang lain malah cuba tengok diri sendiri dulu sebab ada something yang Allah nak tunjukkan tu sebenarnya.    Kawan-kawan ada cakap, " positifnya kau.. tabahnya..". Ma sha Allah kawan, hakikatnya aku ja ...

Rahmat dalam ujian

Image
Selamat malam semua. Assalamualaikum. Bismillahirrahmanirrahim.. Malam ni nak cakap pasal rahmat dalam ujian. Kehidupan ni hakikatnya adalah ujian buat makhluk-makhluk Allah yang diberi akal dan dijamin sebagai sebaik-baik ciptaan-Nya yakni kita, manusia. Dia menghantar Rasulullah Sollallahu 'Alaihi Wasallam untuk mengeluarkan manusia daripada kegelapan kepada cahaya terang benderang menuju Allah yang Maha Esa. Maha Suci Allah yang menciptakan sesuatu dengan sebab dan hikmah tertentu. Semua makhluk-Nya yang ada di langit dan di bumi ini bertasbih dan tunduk pada-Nya samada dalam keadaan sukarela atau terpaksa. Tidak akan sesat manusia yang berpegang pada tali agama Allah, menggenggam dan memandu hidup dengan Al-Quran dan Sunnah. Dunia ini tempat persinggahan sebelum kita sampai ke destinasi kita samada syurga atau neraka. Umat islam mesti bercita-cita untuk ke syurga dan mesti melepasi syarat-syarat untuk menghuni syurga. Allah SWT memberi peringatan supaya kita tersedar dan be...

Nak kahwin tak?

Bismillahirrahmanirrahim. Nak tulis post ni sangat lah membuatkan hati ini gerun dan gementar. Takut ada yang salah dari diri ini. Tapi post ni aku nak tulis berdasarkan pembacaan aku, pengalaman sekeliling aku dan pendapat aku. Lately, banyak kawan aku cakap nak kahwin tapi ada banyak kekangan. Parents tak bagi la pasangan tak bersedia la diri tak bersedia la and macam-macam lagi. Dan pagi ni, aku ada baca sikit-sikit dari blog dan internet tentang halangan orang nak berkahwin, matlamat perkahwinan dan sebagainya. Serious, aku bukan arif sangat pasal bab kahwin ni tapi apa aku nak cerita hari ini bukan pasal ikhtilat and so on. Aku nak cerita untuk yang dah faham agama. Means, lelaki perempuan yang dah ada basic agama tentang ilmu fiqh munakahat ni sebab korang dah boleh faham basic-basic fiqh munakahat yang aku tak sebutkan. Kalau korang tak faham, aku harap sangat korang kaji lagi,ya. Post ni lebih kepada nak bantu kawan-kawan yang ada dilema dalam diri dia pasal perkahwinan ni tap...

Allah tahu apa yang terbaik untuk kita

Image
Kadang-kadang kita pelik kenapa kita selalu berdoa tapi doa kita tak dimakbulkan. Selain daripada faktor-faktor rohani yang perlu kita baiki kita juga perlu yakin bahawa Allah tahu apa yang terbaik untuk setiap hamba-Nya. Bukankah Allah dah berjanji, berdoalah dan mintalah apa sahaja daripada-Nya, nescaya Dia akan memakbulkan. Jadi, apa lagi keraguan yang masih timbul di hati engkau? ÙˆَÙ‚َالَ رَبُّÙƒُÙ…ُ ٱدْعُونِÙ‰ٓ Ø£َسْتَجِبْ Ù„َÙƒُÙ…ْ Ø¥ِÙ†َّ ٱلَّذِينَ ÙŠَسْتَÙƒْبِرُونَ عَÙ†ْ عِبَادَتِÙ‰ سَÙŠَدْØ®ُÙ„ُونَ جَÙ‡َÙ†َّÙ…َ دَاخِرِينَ "Berdoalah kepada-Ku, nescaya akan Kuperkenankan bagimu. Sesungguhnya orang-orang yang menyombongkan diri dari menyembah-Ku akan masuk neraka Jahanam dalam keadaan hina-dina" [Ghafir:60] Pernah sahaja rasa lelah, rasa malu dan putus asa untuk berdoa kerana doa tidak dimakbulkan. Tapi telah berkata Shaykh Ibn 'Ataillah As-Sakandary : "Jangan berputus asa sekiranya Allah Subhanahu wa Taala melewatkan penerimaan doa walaupun kamu sudah bersungguh-sung...