Posts

Showing posts from 2016

Manusia dan topeng 😊😣😂😢😖

Image
Bismillahirrahmanirrahim.. Alhamdulillah masih ada kesempatan nak mencoret dinding blog harini. Dah lama aku tinggalkan blog ni sebab nak mencari diri nak menulis balik. Nak kasi ruang kat diri sendiri sebenarnya. Nak kata aku penat dengan manusia? Siapa tidak penat dengan manusia yang banyak ragamnya. Itu tak termasuk yang banyak topeng dan costume. Tapi, setiap kali diri ini mengeluh penat aku akan cuba pujuk diri, "kalau kau penat dengan manusia, kau ingat takde orang penat dengan kau?", "kau diuji dengan orang sekeliling macam ni, mesti ada salah atau dosa yang kau buat yang Allah nak kau terima sebagai kafarah dan cari hikmahnya. Buat apa nak mengeluh? Tak malukah?".       Hakikatnya, memujuk diri itu mesti, supaya aku tak negative sangat dengan orang lain malah cuba tengok diri sendiri dulu sebab ada something yang Allah nak tunjukkan tu sebenarnya.    Kawan-kawan ada cakap, " positifnya kau.. tabahnya..". Ma sha Allah kawan, hakikatnya aku ja ...

Rahmat dalam ujian

Image
Selamat malam semua. Assalamualaikum. Bismillahirrahmanirrahim.. Malam ni nak cakap pasal rahmat dalam ujian. Kehidupan ni hakikatnya adalah ujian buat makhluk-makhluk Allah yang diberi akal dan dijamin sebagai sebaik-baik ciptaan-Nya yakni kita, manusia. Dia menghantar Rasulullah Sollallahu 'Alaihi Wasallam untuk mengeluarkan manusia daripada kegelapan kepada cahaya terang benderang menuju Allah yang Maha Esa. Maha Suci Allah yang menciptakan sesuatu dengan sebab dan hikmah tertentu. Semua makhluk-Nya yang ada di langit dan di bumi ini bertasbih dan tunduk pada-Nya samada dalam keadaan sukarela atau terpaksa. Tidak akan sesat manusia yang berpegang pada tali agama Allah, menggenggam dan memandu hidup dengan Al-Quran dan Sunnah. Dunia ini tempat persinggahan sebelum kita sampai ke destinasi kita samada syurga atau neraka. Umat islam mesti bercita-cita untuk ke syurga dan mesti melepasi syarat-syarat untuk menghuni syurga. Allah SWT memberi peringatan supaya kita tersedar dan be...

Nak kahwin tak?

Bismillahirrahmanirrahim. Nak tulis post ni sangat lah membuatkan hati ini gerun dan gementar. Takut ada yang salah dari diri ini. Tapi post ni aku nak tulis berdasarkan pembacaan aku, pengalaman sekeliling aku dan pendapat aku. Lately, banyak kawan aku cakap nak kahwin tapi ada banyak kekangan. Parents tak bagi la pasangan tak bersedia la diri tak bersedia la and macam-macam lagi. Dan pagi ni, aku ada baca sikit-sikit dari blog dan internet tentang halangan orang nak berkahwin, matlamat perkahwinan dan sebagainya. Serious, aku bukan arif sangat pasal bab kahwin ni tapi apa aku nak cerita hari ini bukan pasal ikhtilat and so on. Aku nak cerita untuk yang dah faham agama. Means, lelaki perempuan yang dah ada basic agama tentang ilmu fiqh munakahat ni sebab korang dah boleh faham basic-basic fiqh munakahat yang aku tak sebutkan. Kalau korang tak faham, aku harap sangat korang kaji lagi,ya. Post ni lebih kepada nak bantu kawan-kawan yang ada dilema dalam diri dia pasal perkahwinan ni tap...

Allah tahu apa yang terbaik untuk kita

Image
Kadang-kadang kita pelik kenapa kita selalu berdoa tapi doa kita tak dimakbulkan. Selain daripada faktor-faktor rohani yang perlu kita baiki kita juga perlu yakin bahawa Allah tahu apa yang terbaik untuk setiap hamba-Nya. Bukankah Allah dah berjanji, berdoalah dan mintalah apa sahaja daripada-Nya, nescaya Dia akan memakbulkan. Jadi, apa lagi keraguan yang masih timbul di hati engkau? ÙˆَÙ‚َالَ رَبُّÙƒُÙ…ُ ٱدْعُونِÙ‰ٓ Ø£َسْتَجِبْ Ù„َÙƒُÙ…ْ Ø¥ِÙ†َّ ٱلَّذِينَ ÙŠَسْتَÙƒْبِرُونَ عَÙ†ْ عِبَادَتِÙ‰ سَÙŠَدْØ®ُÙ„ُونَ جَÙ‡َÙ†َّÙ…َ دَاخِرِينَ "Berdoalah kepada-Ku, nescaya akan Kuperkenankan bagimu. Sesungguhnya orang-orang yang menyombongkan diri dari menyembah-Ku akan masuk neraka Jahanam dalam keadaan hina-dina" [Ghafir:60] Pernah sahaja rasa lelah, rasa malu dan putus asa untuk berdoa kerana doa tidak dimakbulkan. Tapi telah berkata Shaykh Ibn 'Ataillah As-Sakandary : "Jangan berputus asa sekiranya Allah Subhanahu wa Taala melewatkan penerimaan doa walaupun kamu sudah bersungguh-sung...

Nikmat Allah selalu dilupakan

    Angin malam membuatkan aku memeluk tubuh sambil menahan diri dari menitiskan air mata. Melihat langit ibarat hamparan permaidani yang dihiasi manik-manik cahaya yang sangat cantik membuatkan aku memikirkan sejarah hidup aku. Ya Allah, apakah jalan yang aku pilih ini jalan yang terbaik buat diriku? Apakah ini semua dapat membuatkan aku menjadi hamba yang bersyukur?. Sungguh, aku rindukan keluargaku yang jauh beribu batu di asia sana.         Aku cuba mengingat kembali beberapa perkara yang berlaku dalam hidup aku hari ini yang menjentik hatiku untuk menjadi hamba yang bersyukur. Pagi tadi, aku ditegur oleh sahabatku tentang diriku yang kelihatan tidak terurus fizikal dan mental. Diriku yang asyik termenung dan memikirkan sejarah silam membuatkan mood study nya terganggu lalu dia berhenti dari belajar dan menyoal aku, "aku tak nampak langsung yang kau dah move on! Sampai bila kau nak jadi macam ni? Kau kena fikir satu perkara sahaja tanpa...

Kesesatan satu trauma buat saya

Image
Aku stress ! Aku penat ! Tapi aku tak mampu nak buat sesi curhat pada kawan-kawan kerana fikiran aku serabut. Aku ambil keputusan untuk keluar dari rumah mengambil angin petang untuk tenangkan diri. Aku berjalan tanpa melihat kiri kanan sambil telingaku disumbat dengan earphone yang menyebabkan aku tidak sedar apa yang berlaku di sekelilingku. Abaikan manusia sekeliling dan fikiranku menerawang memikirkan semua masalah yang datang tak berhenti ibarat peluru sniper . Jalan dan jalan lagi. Sengaja aku pilih jalan yang banyak simpang dan setiap kali melintasi simpang, akan aku belok sehinggakan aku tidak sedar aku di satu tempat yang aku sendiri keliru dimanakah aku. Dengan cuaca hujan ditambah pula dengan angin sejuk yang menyucuk-nyucuk kerana musim sejuk belum berakhir. Aku ketuk kepala aku kerana aku hanya memakai tshirt biasa dan sehelai sweater yang tidak dapat memberi haba langsung buat diriku yang sedang menahan kesejukan. Jam menunjukkan pukul 4 lebih menandakan maghrib sudah ...

A friend in need is a friend indeed

Image
Who is your bestfriend? Aku seorang yang jenis akan ada sorang kawan yang paling aku rapat dan dia tau semua pasal aku dan dia akan jadi mangsa aku bila aku sedih or whatever keadaan. And of course la dia yang paling aku sayang dan aku akan protect dia dalam apa jua keadaan pun. Sebab aku ni jenis clingy and sangat dependent dekat bestfriend aku. But, right now, bagi aku la kan benda alah bestfriend ni title yang useless. Bukan aku tak bagi hampa ada bestfriend tapi senang cerita macam ni la, bila kita ada bestfriend ni, kadang-kadang kita ja yang declare macam tu kawan kita tu dak pun. Atau ada ja keadaan dua-dua declare depa dua bestfriend tapi ada jugak keadaan kita tak sedar dalam kita menyanjungi orang lain sebagai bestfriend, ada ja manusia lain hat mengaku kita ni bestfriend dia. Pulak dah. Sebab kadang-kadang kata ja beatfriend tapi bila kita susah, dia bukan ada pun (i didnt say all of our friends but certain of them). Dalam hidup kita ni, ada banyak hati nak kena jaga samp...

Adik aku kuat

Image
Bismillahirrahmanirrahim. Pagi tadi telefon umi yang jauh nun di Malaysia sebab semalam banyak kali call tapi tak dapat mungkin sebab dah lewat di Malaysia. Bila umi angkat, umi tanya " kenapa suara macam sedih sangat tu?" "Eh umi. Arij bukan sedih. Orang baru bangun tidur la 😁" aku jawab sambil gelak sendiri sambil tengok jam, baru pukul 8.30 am. macam biasa lah, aku akan tanya khabar umi ayah dan umi jawab " ayah demam dekat seminggu dah. Tapi jangan risau la. Kami kat sini ok ja." Masa tu panik dan risau la juga tapi tak cakap sebab umi sebolehnya taknak aku risau langsung pasal keadaan dekat sana. Tapi, anak mana yang tidak risau bila orang tuanya sakit. 😔 Aku cakap la dekat umi yang aku ada sesuatu nak cakap tapi dalam keadaan aku sebak dan hampir menitiskan air mata. Akhirnya aku keluar dari bilik pergi ke hadiqah sakan(baca:halaman luar asrama). Aku pun cerita la perkembangan diri aku. Perasaan aku sepanjang 3 minggu ak...

sometimes, Expectations make us look fool

Bismillahirrahmanirrahim. Nak cakap pasal benda yang common, first impression and expectations. Apa itu first impression? Bila orang yang hang tak pernah jumpa atau hang tak pernah kenai dia datang berjumpa dengan hang buat pertama kali. Dan bila hang tengok dia, hang ada beberapa judgements dekat dia macam detektif gitu samada masa hang tengok dia, mungkin hang pikiaq dia seorang yang pemalu, pendiam, ceria, garang atau pemarah and watever lah. Pastu pasai expectations, aku taktau nak terang macam mana tapi aku rasa ramai yang faham maksud expectations ni. Macam tanggapan la. Hang expect dia seorang yang macam ni macam ni and macam ni. But maybe dia seorang yang lain dari apa yang hang anggap. Ok, first, aku nak cerita. Orang kat muka bumi ni selalu bagi first impression kat kita selalunya la kan, kurang tepat atau mungkin berlawanan dengan sikap sebenar kita. Contoh macam aku, orang hat tak kenai aku mesti kata aku ni pendiam, pemalu, budak pandai, anak manja and so on. Tapi bila...

Hati dan minda, ottoke 😭

Image
Pada zaman dahulu~ Hati : <fikiran menerawang fikir perkara yang menyebabkan hati sedih> Hati : aku rindu kawan-kawan aku. Aku rindu umi ayah. Aku nak hug someone. Takdak ka orang yang free sekarang ni? Minda : dah la arij. Jangan fikir. Pergi study. Esok exam. Nanti kau juga yang menyesal. Hati: aku rindu dia <sambil belek gallery phone>  dia kawan aku yang paling aku sayang. Aku masih sayang dia hati oii. Aku rindu semua memori dengan dia.. nak mesej, mesti dia tengah study kan(minggu exam). Huda pun study. Ya Allah, kuatkan lah hatiku. Aku nak study. Bantu lah aku nak hilangkan rasa gusar dan sedih ini. Minda : jangan fikir sangat arij. Nanti kau sakit macam mana? Arij, tak apa. Take your time. Semua orang berhak diberi peluang kedua. Hati : tapi layakkah aku dimaafkan? Bolehkah aku jadi manusia yang lebih baik, selepas ni? Kenapa aku suka hukum diri aku sendiri? Kenapa aku lemah sangat? Minda : arijj, Allah itu Maha Pengasih. Serahkan segala kerisauan ...

Let bygones be bygones

Image
Bilik study, 10:45pm. "Ayu, awak tahu tak macam mana cara nak melupakan seseorang yang kita sangat sayang?" "Ouh. Awak ada masalah hati ya? Awak selalu isi masa kosong awak dengan buat apa?" Ayu, pelajar tingkatan 5 yang dianggap kakak senior yang sangat sopan, lemah-lembut, tawadhuk dan manis orangnya. Dia juga pelajar yang sangat bagus akhlaknya. Amira pula pelajar tingkatan 4 yang bersekolah di sekolah yang sama. Amira pelajar yang sopan dan bagus tetapi amira kurang mengambil berat soal ikhtilat. Amira mempunyai seorang lelaki yang dia sangat rapat dan sayang iatu syafiq. Walaupun begitu, amira juga amat disenangi di kalangan kawan-kawannya. Pada suatu hari, amira mengambil keputusan untuk berhenti berhubung dengan syafiq kerana dia mahu melakukan perubahan dalam dirinya. Dia tidak mahu lagi melakukan perkara-perkara maksiat yang sering mengganggu dia untuk menjadi lebih baik. Memang berkawan dengan kawan yang berlainan jantina itu diharuskan tetapi a...

How to appreciate others

Image
Aku diminta untuk berkongsi tentang how to appreciate others around you. For me, hidup ni macam roda kadangkala kat atas kadangkala kat bawah. Kita hidup bermasyarakat ni, banyak hati nak kena jaga. Kalau kita tak menghargai orang sekeliling kita, nak ka depa hargai kita balik? Belajar menghargai jika kita nak diri kita dihargai. Rendahkan ego. Ya,kadang-kadang ada manusia yang dia sebenarnya nak menghargai tapi tak kena cara. We are humans with heart. So, appreciate other's heart. Secara tak sedar, banyak manusia yang bantu kita untuk menjalani kehidupan dengan lebih baik. Depa ni, manusia yang kita perlu sangat-sangat hargai jasa depa. Why? Because we live in community la. Kalau kita sebagai ketua, kita kena sentiasa melihat orang yang lebih bawah daripada kita. Selalunya manusia ni silap bila depa duk kat atas. Depa akan menindas pihak yang kat bawah. Macam mana nak menghargai orang yang di bawah kita dalam bekerja? Kita kena selalu letak diri kita kat tempat depa ni. Senti...

Bulatan gembira kami

Image
Bismillahirrahmanirrahim. Aku ada 5 orang sahabat yang kami selalu berjumpa setiap bulan dan berkasih kerana Allah nak capai redho Allah. Kami berbeza umur tapi kami punya hati yang bersatu bawah nama UKHUWAH. Bulatan gembira yang dulu mula-mula berkenalan, sangat kekok dan hambar. Lama-lama rasa sayang tu bercambah dan rindu menjalar sepanjang hari. Adik-adik ni sebenarnya nak cari tarbiyah macam mana aku juga dahagakan tarbiyah. Diorang ni la yang menyebabkan aku banyak muhasabah diri dan banyak membaca. Sebab diorang ni hebat sangat .Diorang nak aku beri mutiara pada diorang tapi aku tak mampu kalau aku tak cari dulu mutiara-mutiara itu. Aku selalu pesan supaya kita kena saling memberi mutiara supaya tidak ada yang terpinggir. Buat macam ni dapat bantu kita mengislahkan (baca:memperbaiki) diri kita. Proses Taaruf tidak akan pernah berhenti. Setiap kali aku buat usrah, setiap kali tu la aku akan tanya bilangan adik-beradik dan maklumat lain. Sebab kami masih dalam proses mengen...

My idol

Image
My umi is so awesome. Dari kecil sampai dah ber anak lapan pun masih awesome. Sentiasa jadi my inspiration. Umi nak jadi hebat macam sekarang, bukannya mudah. Macam-macam yang umi dah lalui. Dulu umi belajar untuk BA dekat University Of Jordan,Amman,Jordan jurusan bahasa arab & kesusasteraannya. Umi juga sambung MA bidang yang sama dan sekarang PhD bidang yang sama cuma pengkhususan balaghah. Umi pernah cerita kisah hidup umi dulu-dulu. Selepas tamat SPM, umi hafal kamus, belajar menyulam dan menjahit. Umi dulu bercita-cita nak belajar jauh-jauh. And,she was there in middle east zaman 1990-1995 maybe(kalau tak silap la). Umi kahwin dekat sana dengan ayah atas bantuan kawan-kawan dia. Umi seorang yang sangat cintakan ilmu. Umi pernah cakap, umi akan tuntut ilmu sampai umi mati pun tak apa. Masa dekat Jordan dulu, umi tanam dalam diri dia untuk target pandai berkomunikasi dalam bahasa arab bila dah graduate. And , right now umi adalah seorang guru bahasa arab. Aku 'ajeeb (baca...

Adikku sayang, kuat ya.

Image
Apabila manusia diuji, selalunya dia akan jatuh. Kenapa? Itu normal, dik. Ujian itu manis. Allah uji sebab Dia sayang. Cuma ujian setiap manusia lain-lain. Penyelesaian ujian itu Allah yang tahu. Jadi, minta lah petunjuk dari Rabbul 'Alamin. Saya tahu anda kuat. Saya tahu anda cuba untuk jadi yang terbaik. Banyak la berdoa, solat sunat, istighfar, menangis pada Allah, in sha Allah hati akan tenang. Cuba amalkan perbuatan ni setiap masa sehingga jadi tabiat dalam diri kita. Akak pun diuji. Dia pun diuji. Kita semua diuji. Tapi macam mana kita hadapi ujian-ujian ni? Itu persoalannya. Apakah status hubungan kita dengan Allah?  Macam mana nak kuat? Macam-macam caranya,dik. Bina spiritual diri semantap yang mungkin. Bahagiakan diri sendiri dengan cara yang betul. Bersihkan hati dari prasangka buruk. Bersangka baik dengan Allah. Jaga solat lima waktu. Sibukkan diri dengan ilmu. Cuba cari tarbiyah. Jangan selalu berfikir mengenai masalah tetapi fikirlah tentang hikmah sesuatu ...

my sister and her life

Image
aku ada sorang adik nama Asywaq Safiyyah. umur dia sekarang dah 17 tahun. dia ni adik yang bawah aku which dia anak ke-4 dalam family. dia adik yang dulu,,, aku perasan dia ni tak berapa minat belajar. she loves drawing. dia suka conteng komik2 aku pastu buat lukisan then taknak ngaku salah. lukisan dia cantik, why? sebab aku pernah tengok la. dia ni kuat berangan la juga masa kecik2 plus kuat cari gaduh ngan aku. tapi tu zaman kanak2 dulu la.    masa aku nak pergi jordan dulu, dia umur tingkatan 3 and masa tu, dia just seorang budak comot yang gila kpop and budak lepasan PMR, biasalah~ haha... but, masa aku kat jordan, umi bagitau Acuaq masuk vokasional. even sebelum tu aku tahu dah plan umi tapi taktau pula umi serius nak bagi dia masuk sekolah which is bukan sekolah agama. masa dia tingkatan 1,2 &3, dia sekolah agama, Maktab Mahmud Sik. and, umi cakap umi tengok Acuaq tak minat something yang bidang academic.. so, bila dia masuk sekolah vokasional, aku tak kisah just ...

my precious one

Image
since a little bit hati kacau sekarang ni, nak tulis pasal someone special ni. banyak kenangan pahit, manis, masam, masin dengan dia. dia ni adalah antara manusia yang boleh masuk kategori my sayang dalam hidup aku sebab dia antara manusia yang mampu bertahan dengan perangai aku yang tahpape ni.     yeah, dia nurse bila aku sakit. dia doktor cinta bila aku senget. dia kakak aku bila aku nak apa2. dia adik aku bila dia careless and nak belajar something. dia abang aku bila melawak sesama. dia teman , kekasih hati tika suka duka even aku ni cengeng. i always troubled dia. always nak cakap kat dia, aku sayang kau walaupun susah dia nak terima. dia lah my heartless partner, my sweet partner, my bestfriend, my sibling and part of me. even dia ni bukan someone yang suka sweet2 bukan someone yang pandai cakap thanks and maaf kat aku, tapi semua actions dia, aku tahu apa dia nak maksudkan. dia someone yang aku selalu nak protect. selalu aku tegur kecuaian dia. selalu aku nang...